Segmen irrayyan | Exchange Bloglist 2016

10/31/2015 01:50:00 PM
Hai Dreamers..
( Klik Banner Untuk Join )
Bagaimana? Hanya ikut syarat-syarat mudah di bawah.  

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan blog mommy www.irrayyan.com ke dalam bloglist korang. 

3. Tinggalkan url blog korang di ruangan komen. 

4. Kalau ada yang nak buat entry pon boleh, tak buat pon tak apa.

Tu jer. Mudah sangat kan. 

Segmen Bloglist & Blogwalking Sally Samsaiman

10/31/2015 01:07:00 PM
Hai Dreamers..
( Tekan banner.Cepat ! )
Segmen ni akan berlansung selama 3 hari sahaja...bermula 31 Oktober sehingga 2 November...Kenapa sekejap sangat..? Sebab Sally tak sabar nak buat list bloglist yang baru!!!
Semoga berjaya buat diri sendiri dan kawan-kawan yang lain..Hehehehe




INVITATION TO COLLABORATE WITH ZALORA MALAYSIA

10/31/2015 11:37:00 AM
INVITATION TO COLLABORATE WITH ZALORA MALAYSIA
INVITATION TO COLLABORATE WITH ZALORA MALAYSIA | Hai & selamat pagi cinta !Beberapa hari lepas aku dapat email dari ZALORA.Katanya nak ajak untuk collaborate dengan mereka.Mula-mula baca email tu mata aku sempat juling jugak la sampai aku cubit pipi aku sambil cakap "kalau akau rasa sakit memang betui la " dan aku memang rasa sakit pun.Hahahaha..Keorang sendiri tahu kan bahawa zalora adalah peruncit yang paling pesat berkembang dalam talian dia Asia Tenggara!Mana tak terkejut bila dapat email.Tambahan pulak traffik blog aku yang kadang naik mendadak dan kadang turun 360 darjah celcius.Ceh !

Dah dapat email aku pun terus je setuju.Punya la excited menanti jawapan dan pertama kali pihak zalora suruh aku buat entry menganai GAYA SELENDANG TERKINI.Aku macam "What"!Aku mana ada pengalaman menganai selendang.Apa lagi tahu tentang GAYA SELENDANG TERKINI tapi dengan bantuan pihak zalora sendiri maka terhasilah entry GAYA SELENDANG HIJABISTA TERKINI.Masa hantar draft kat pihak zalora banyak kali jugak la suruh edit tu edit ni sampai aku rasa macam nak give up je.Draft terakhir aku hantar terus Kak Norain cakap "YANG INI OK.BOLEH PUBLISH DAN BAGI LINK YE".Ahaha..Lega wehh !!
Jadi bila dah publish aku bagi la link kat Kak Norain dan dia siap puji lagi "THANK YOU PUBLISHING THE ENTRY !IT LOOKS WONDERFUL ON YOUR BLOG".Aku pun blushing la sekejap..Ahahaha..Dan yang paling bestnya lagi Kak Norain siap bagi cash voucher rm100 sebagai hadiah!Arhhh!Seronoknyaaa..Cash voucher tu aku tak pakai lagi.Teringin nak pakai tapi bila buka website Zalora rambang mata pulak nak yang mana.Baju cantik-cantik dan harga pun cantik.Erhhh.Jumpa lagi..

GAYA SELENDANG HIJABISTA TERKINI

10/28/2015 01:21:00 PM
GAYA SELENDANG HIJABISTA TERKINI | Tudung dalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.
koleksi selendang terkini
Bagi wanita Muslim di Malaysia pemakaian tudung adalah biasa dalam budaya mereka kerana menutup aurat adalah dituntut dalam agama. Oleh itu dengan memakai tudung mereka dapat menjalani kehidupan biasa namun masih meneruskan ajaran agama. Tudung atau scarf dipakai untuk menutup rambut, telingan dan leher wanita. Ianya berbentuk segi empat  dan segi tiga dengan cetakan yang pelbagai. Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam-macam lagi.

Salah satu gaya tudung yang sangat popular saat ini adalah selendang,ini kerana ianya mudah digayakan dan selesa.Tidak hairan la gaya selendang saat ini sudah begitu maju.Selain daripada bentuk yang kelihatan standard ,selendang juga dapat digayakan dengan pelbagai style dan gaya sesuai dengan yang diinginkan.Hal tersebut tentu saja dapat menambah kecantikkan dan keangunan bagi seorang muslimah.
Gaya selendang terkini 2015/2016
Selain itu tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat.  Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai. Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik. Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan.

Banyak butik fesyen Muslimah online yang ada di internet menawarkan pelbagai koleksi koleksi selendang terkini yang pastinya disukai. Jika anda mahukan penampilan yang lebih moden cuba tips ini – cuba bermain dengan aksesori untuk dipadankan dengan stail anda.Namun perlu diingat jangan sampai anda menjadi mangsa fasyen

12 SEBAB KENAPA BERAT BADAN SUSAH TURUN

10/27/2015 04:22:00 AM
12 SEBAB KENAPA BERAT BADAN SUSAH TURUN | Selamat pagi ! Hai keorang.Beberapa  lepas kita cerita tentang Cara Buat Air Detox sendiri Untuk Kurus Dan Sihat kan.Hari ini kita cerita pulak ape sal la susah sangat nak turun berat badan walaupun setiap hari diet ?Amboiiii..Nak turun berat badan tu bukan diet semata okey.Perlu dipertikaikan banyak hal  jugak dan perlu dikaji pulak penyebabnya (Macam profesor pulak main kaji-kaji ye ).Entry kali ini aku nak huraikan 12  penyebab kenapa berat badan susah nak turun.

1 : PENGAMBILAN AIR SODA / BIKRABONAT
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula.Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori.Walaupun begitu,kalori tersebut tidak menjadikan perut keorang kenyang.Jadi walaupun anda mengambil soda,keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada.Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari,mungkin berat badan anda bertambah sehingga 30 % dari biasa.

2 : KURANG TIDUR
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda dan sekaligus mengawal keinginan intuk makan malam.jadi semakin sikit masa anda tidur,semakin banyak masa anda makan.(Yang ni aku rasa betui kot.Aku selalu kerja 12 jam asyik makan je tapi kalau aku tidoq je makan pun tak ingat)

3 :  TIDAK BERSARAPAN
Seseorang yang melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapatkan penyakit obesiti.Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tenghahri.

4 : MAKAN TERLALU CEPAT
Kunyah makanan perlahan-lahan !Ini tak,nampak makanan tu sedap kita kunyah bukan main cepat lagi.Adakalanya tak sempat kunyah dah telan.Jika kita kunyah makanan perlahan-lahan kita akan mengambil sedikit kalori setiap kali makan.Anda kena tahu bahawa sekurang-kurangnya diperlukan 20 minit untuk mendapat isyarat dari otak bahawa kita dah kenyang.

5 : KURANG MINUM AIR PUTIH
Kajin mengatakan seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badan berkurang 30 % lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum air putih.Tidak cukup minum air putih juga akan membuatkan sel anda mengecut kemudian sel akan menghantar isyarat ke otak bahawa badan sudah mengalami dehidrasi atau kurang air.Tetapi otak tidak boleh menganalisis samaada isyarat tersebut LAPAR ATAU KURANG AIR DIDALAM BADAN.Kebanyakan dari kita tersilap dengan menafsirkan bahawa perut kita LAPAR walaupun baru lepas makan.So,kita akan maka dan terus makan sedangkan sebenarnya anda hanya perlu minum air putih dan pasti akan terus kenyang.

6 : MAKAN KETIKA TERTEKAN
Ketika stres ada diantara kita lebih gemar makanan manis untuk membantu hilangkan stres.So,ketika keinginan makan makanan manis itu dtang,alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur.Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.

7 : KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Tahu tak dengan pengambilan kerbihidrat secera berlebihan seperti mee atau nasi putih dapat meningkatkan hormon serotin yang menyebabkan anda makan lagi ?Jadi gantikan karbohidrat sedeharna dengan kerbohidrat kompleks seperti beras perang dan oatmeal.

8 : TERLALU BANYAK MENONTON TV
Ketika menonton Tv,fikiran anda lebih tertumpu di hadapan Tv.Jadi,anda lebih cenderung makan makanan ringan semasa menonton Tv kadang-kadang sampai terlebih-lebih tanpa disedari.

9 : PINGGAN YANG DIGUNAKAN BERSAIZ BESAR
Pinggan besar maka makin banyak makanan yang boleh diisi.Bilaa banyak makanan yang terisi banyaklah unyuk kita makan.Bila makan banyak,badan jadi gemuk !Simple kan ?Simple kan cara untuk menjadi gemuk.

10 : PESAN COMBO MAKANAN
Biasanya menu combo di restoran lebih murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu tambahan.Tapi jangan lupa bahawa dengan makanan combo tu anda akn mengambil lebih banyak kalori dan tentu jugalah anda akan menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.Faham tak konsepnya disitu ?

11 : MALAS BERSENAM
Bersenam tidak perlu la berat-berat.Cukup sekadar berjalan.Bersenam juga membantu meninggikan metabolisma tubuh.(Aku pandai je suruh orang bersenam sedangkan aku sendiri malas bersenam)

12 : MAKAN LEWAT MALAM !
Haaa!Siapa suka makan lewat malam tu ?Sila hentikan tabiat buruk anda tu kerana menurut kajian Journal Obesity,seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori.Jadi,keinginan anda untuk makan tengah malam tu membuak-buak.Carilah makanan yang mempunyai kadungan gula dan lemak yang rendah seperti susu rendah lemak,air masak,buah-buahan atau roti oatmeal !

2nd Segmen Bloglist by itsmelyya.blogspot.my

10/26/2015 04:40:00 AM
Hai Dreamers..
( Tekan Banner Untuk Join )

Syarat-syarat mudah

1. Follow Blog, Google+ 
2. Follow/ Add InstagramTwitterFacebook
3. Buat post bertajuk "2nd Segmen Bloglist by itsmelyya.blogspot.my"
3. Copy banner diatas dan backlink ke entry niih
4. Copy url entry korang dan paste kan  di ruangan komen entry ni. jangan komen kat chatbox tau. 

*no. 2 tak ikut pun takpe

ANTARA INTIPATI BAJET 2016

10/24/2015 05:36:00 AM
ANTARA INTIPATI BAJET 2016 | Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.
Berikut ialah antara intipati Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga menteri kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat".
* Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.
* RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
* RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion
* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion
* Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion
* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.
* Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.
* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016
* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion
* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion
* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion
* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi
* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion
* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di
Sandakan, Sabah (RM20 juta)
* Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah
* Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017
* Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS
* Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS
* Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank
* Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya
* RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak
* Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka
* RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu
* Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka
* Projek sambungan LRT Ampang-Putra Heights siap Mac 2016, Kelana Jaya-Putra Heights siap pertengahan 2016
* Projek MRT Sungai Buloh-Semantan dapat digunakan pada Disember 2016, Semantan-Kajang pada pertengahan 2017
* Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya bermula suku kedua 2016, siap 2022
* Projek LRT3 Bandar Utama, Damansara-Johan Setia, Klang mula dibina pada 2016, siap 2020
* Kerajaan teruskan rundingan High Speed Rail dengan Singapura
* Bus Rapid Transit KL-Klang, Kota Kinabalu akan dilaksanakan
* SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut
* RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv
* RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar
* RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah
* RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah
* Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara
* Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada
* RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi
* RM190 juta kepada FAMA untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia
* Penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan
* RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade
* RM877 juta untuk pelbagai usaha teknologi hijau seperti bekalan air bersih
* RM515 juta untuk meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah
* RM41.3 bilion untuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi 2016
* Pembinaan 30 sekolah rendah, 27 sekolah menengah, empat MRSM dan lima SBP
* RM135 juta untuk Program Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
* Had maksimum amaun pelepasan cukai ke atas yuran pengajian dinaikkan RM7,000 daripada RM5,000 setahun

Sumber Malaysiakini

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

10/23/2015 05:40:00 PM
Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Ucing Nak Url 2

10/21/2015 09:25:00 PM
http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/10/segmen-ucing-nak-url-2.html
Hi Blogger Kali ini Saya Nak Buat Segmen "Ucing Nak Url Bahagian 2" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 1.Bolehlah Menyertai Segmen ini.

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Masukkan Email Anda Kekotak (Animasi Melalui Email Mudah) Tekan Subscribe dan Cek Email Anda   Aktifkan.
2) Buat Tajuk Post " Ucing Nak Url 2 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

OKTOBER GIVEAWAY BY MEKZUMBIE

10/20/2015 05:29:00 PM
Hai dreamers..
Tekan Baner Cepat !
Blog owner yang sangat simple tapi tersusun rapi.Tak serabut..Iklan pun kurang dan tak perlu loading lama-lama.Apapun,semoga terus berjaya buat MekZumbie..Hehehe

Jom kawan-kawan join.Tarikh tutup GA ini ialah pada 31 Oktober 2015 pada jam 12 malam waktu Malaysia.

TAHNIAH BUAT ADIK TERSAYANG !

10/20/2015 05:17:00 PM
Hai Dreamers..

TAHNIAH BUAT ADIK TERSAYANG !Bangga sekejap bila si adik bongsu dapat gelaran olaragawati untuk sekolah SMK ENTILIBON tahun 2015.Adik aku ni agak lasak orangnya dan semua acara sukan kat sekolah dia sapu tapi sayangnya hanya berjaya dapat 4 emas dan 1 perak.Zaman sekolah aku dulu 1 acara pun tak terjoin dan join sekalipun hampeh!Tak ada nombor langsung.Hahahaha..
sukan sekolah
Tak macam adik aku.Lompat jauh pun dia ambil bahagian.Kalau aku la kan awal-awal lagi aku dah tersembem kat tanah tu.Lompat berpagar pun ambil bahagian.Aku ?1 pagar pun aku tak boleh nak lepas.Mungkin pagar tu habis aku tolak jatuh lepastu lari..hahahaha..Adik aku ambil bahagian 4 x 200 meter dan 4 x 100 mater semua dapat emas.Ishh !1Entah macam mana la dia boleh lari laju-laju.Kami adik beradik si bongsu ni je yang rajin ikut sukan kat sekolah.Yang lain-lain semua main-main je.Apa lagi aku..Yang aku tau aku g sekolah dengaq cikgu bercakap then sampai masa untuk balik terus berambus..Sebab tu la mak aku kata antara adik beradik keputusan aku kat sekolah la paling teruk.Meh !!


Adik aku ni bersukan kuat sampai hitam dah.Mak aku pun dah tak kenal.Hahahaha..Hari-hari balik sekolah terus bersiap p sukan dan petang balik.Dah balik sambung p tuisyen pulak.Masa habis kat sekolah je.Nampak batang hidung masa hujung minggu je.Okey la..Tu je yang nak share kat keorang..Ehekkk



PERBEZAAN SUKA,SAYANG DAN CINTA

10/18/2015 10:29:00 AM
Selamat Pagi Cinta

PERBEZAAN SUKA,SAYANG DAN CINTA | Kita sering terkeliru dengan perasaan sendiri -bila seseorang tu berjaya bertapak di hati kita, kita akan tertanya-tanya “eh aku ni dah jatuh cinta ke atau aku minat je kat dia tu?” Adakalanya sukar membezakan apa yang kita rasa.Namun,kita semakin dewasa.Akal dan fikiran adakalanya tidak sama tapi pakai la hati untuk membezakkannya..
SUKA adalah saat kau melihatnya,kau akan berkata "dia sangat cantik dan menawan".

SUKA adalah apabila kau akan menemaninya bila itu dirasakan amat menguntungkan.

SUKA adalah yang menuntut.

SAYANG adalah saat kau melihatnya,kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan fari matamu.

SAYANG adalah saat kau akan menemaninya pada saat dia amat memerlukan.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah saat kau melihatnya dan kau akan berkata "buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan.

CINTA adalah disaat kau akan menemaninya walau di saat mana walau di saat bagaimanapun keadaanmu.

CINTA adalah hal yang memberi dengan sepenuh rela.

Advertise

Mimi Story