Pengalaman Test JPJ 2016

Pengalaman Test JPJ 2016 |Mimi start training 28/2 dan masa Mimi training setiap hari 2 jam dari pukul 10am sampai 12pm.Panas mak jemahhhhh.Tangan mimi burn teruk-teruk cuma kulit yang tersorok dengan jam tangan je putih.Ahahahaha.Mimi di ajar oleh cikgu Marimuthu.Sepanjang belajar dengan Cikgu Marimuthu selalu juga la kena marah tapi tetap sabarkan hati.Nak pandai bukan senang.Lagipun dia marah sebab nak kita cepat pandai kan.Kikiki.Mimi training memandu 9 hari je.Last training hari khamis dan hari jumaat ada test JPJ,ingatkan nak test JPJ pada hari jumaat tu tapi di sebabkan nak balik sabah dan Mimi perlukan duit terpaksa Mimi ambil selepas balik dari sabah.Mimi baru belajar 8 hari je dan 1 lagi tu Mimi saja tak nak ambil sebab Mimi nak training dulu sehari sebelum test JPJ.Test JPJ pun kena booking 2 minggu .Sebelum Mimi balik sabah Mimi p booking untuk test JPJ dulu tapi Mimi tak bayar lagi.Mimi cakap kat orang tu akan bayar selepas balik dari sabah.Mimi balik kat penang pun dah hujung bulan jadi gaji pun dah masuk ada la duit buat bayar untuk test JPJ.Ehekkk..Balik sabah 2 minggu  3k sekelip mata je habis bahkan tak cukup wehhhhh..Apesal laaaaaaa.Barang kat sabah mahal sangat.Milo ais 1 cawan pun rm3.Gila !


Hari yang ditunggu telah pun tiba.8/4 Mimi test JPJ,balik je kerja 8am balik rumah tukar baju dan terus datang kat BERJAYA tu.Sampai sana p sign entah apa benda terus masuk bilik kuliah,dah la masuk bilik pun salah.Erhhh..boleh pulak Mimi masuk bilik khas untuk lesen Moto je.Tak mula lagi dah mamai...Aahaha.Terpaksa pindah bilik lagi.Huhu.Dalam bilik kuliah tu kena dengar ketua JPJ tu bercakap bla..bla..bla..Ketua JPJ tu pun nampak ok la..Macam ramah je.Mimi cakap dalam hati "harap-harap dia yang test aku nanti kat jalan raya".Amboiii..Bijak sungguh otak ni.Krikkrik.Selesai dengar dia berceramah terus kami semua tunggu kat luar.Huhuhu..Sampai luar kena duduk diam-diam.Tunggu no kena panggil Mimi dapat no 18.Pertama sekali kena buat RPK (Rutin pemeriksaan kendaraan).Masa RPK tu entah macam mana semuanya Mimi lupa..Hahahaha..Nasib baik JPJ yang jaga bahagian RPK tu macam buat tak tau je.Kita cakap pun macam cakap sendiri-sendiri je.Hahahaha.Part RPK tu je Mimi rasa lawak.Kikiki..Boleh pulak kat bonet belakang tu papan tanda amaran tu Mimi cakap "Tayar depan ok"Adoiiii..Tapi mungkin sebab JPJ tu dok jauh dia tak dengaq.Dah siap tu Mimi cakap kat JPJ tu "dah siap" terus JPJ tu cakap "Ok..p dok sana.Sat g nak test kat jalan raya dah" Mimi pun duduk kat kerusi sambil tunggu kena panggil.

Test kat jalan raya semua 5 biji kereta,4 tu viva dan 1 lagi kanciL.Oh yaaa..Sepanjang Mimi training Mimi tak pernah bawa Viva.Masa tu la jantung macam nak jatuh je.Lagi nak dekat turn Mimi lagi la kuat jantung ni berdegup.Hahaha..Lagi ada 3 orang tu baru la sampai turn Mimi pastu bila dah sampai turn Mimi tiba-tiba yang test Mimi kat jalan raya ketua JPJ tu pulak dan dia pakai kancil.Lega sikit jantung ni.Kikiki.Sebelum nak jalan tu kena buat RSM (Rutin sebelum memandu) dulu dan Mimi hampir lupa nak pakai tali pingang,nasib baik JPJ tu ingatkan.Kah !Dalam perjalanan tu adoiii banyak sangat orang tu tanya"Ingatkn awak orang cina", " awak sabah kat mana", "saya nak kawan dengan awak"," awak kerja mana"Dah la semua soalan yang dia tanya soalan peribadi.Ishhhh!.Dalam hati "dia nak nak tengok aku memandu atau nak ajak aku sembang"?Dia tanya Mimi jawab je sampai dah salah-salah Mimi bawak kereta.Enjin MATI sekali,lepastu dah berhenti lupa tukar gear 1,pastu tak berhenti kat garisan yang sepatutnya.Arhhh..Mimi betul-betul hilang fokus sebab orang tu asyik bawak sembang je.Hampir Mimi cakap "Kalau aku gagal aku tak tak maafkan kau..Hahahaha" tapi tak tercakap sebab takut dia bagi gagal betul-betul,nayaaa aku nanti..Sampai je kat pondok terus dia bagi borang kat Mimi dan Mimi tengok borang tu Mimi dapat 64/80.Sebelum keluar kereta orang tu sempat pesan "Nanti buat betul-betul ye".Mungkin dia tengok markah Mimi kurang kot.Hehehe

Jalan raya dah siap tinggal kat litar je.Kat litar Mimi tak yakin bahagian parking tapi ramai yang cakap tak yakin bahagian bukit.Perhhh!!Tapi memang betul la banyak orang tak lepas bahagian bukit.Fuhh!!Nebes laaaaaaa..Turn Mimi dah,percubaan pertama Mimi bawa laju sangat sebab kaki bergetar wehhh.Tayar keluar garisan kuning dan JPJ yang jaga tu cakap "no 18 turun dan cuba sekali lagi",Mimi pun undur dan Mimi tarik nafas dalam-dalam sambil bertenang.Ehhh tak sangkah pulak percubaan kedua tayar ngam-ngam kat garisan kuning.Erhhh..Legaaa..Bahagian bukit kalau tak sampai atau terlebih garisan kuning kita ada peluang mencuba sekali lagi tapi pastikan tak angkat tangan lagi.Tapi kalau dah angkat tangan pastu tayar kereta kat luar garisan atau lebih garisan kuning dah dikira GAGAL.Lepas bukit terus p kat Z,Parking,3 Penjuru dan S semuanya Lulus.Dah siap semua p ambil borang dan JPJ yang jaga bahagian parking tu JPJ yang test Mimi juga kat jalan tadi.Dia siap perli Mimi "Erhh..dapat 70/70 la..Tahniah..Awak Lulus".Mimi ambil je borang tu sambil senyum kambing.Sebelum balik tu Mimi jumpa lagi Cikgu Marimuthu sebab nak cakap terima kasih kat dia dan yesss dah dapat lesen P.Tapi lagi 2 minggu baru siap.


11 comments

  1. bestnya sekali ambil terus lulus, saya dua kali tau amik, Alhamdulillah sekarang driving tu macam simple sangat walaupun bawak kereta manual pergi sana sini. Berkat guru garang kot hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Kan.Saya x berani lagi bawak kete kat jln besar..Takut..Krik2

      Delete
  2. untung la amik sekali dah lulus..sy amik 2x sebab fail time parking...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk ke ?Mybe sbb parking dulu n skrg x sme..hehehe

      Delete
  3. Tahniah mimi...moga menjadi pemandu berhemah ya....hati2 memandu..

    ReplyDelete
  4. Tahniah, cikna ritu pun amik skli je & kbtlnnye DPT jpj baik/fatal,huhuu....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best klu dpt jpj yg baik..Kwn seorg dpt JPJ yg garang..Hahaha..Hmpir2 gagal..wkwk

      Delete
  5. tahniah mimi ! neves gila kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..Gila x nebes..Jantung rsa nk jatuh je..kiki

      Delete