Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut | Ramai wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masalah kulit.Selain memperoleh makanan seimbang,kulit harus di jaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih,menyegar dan melembap.Tidak kira sama ada anda mengunakkan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya,ketiga-tiga langkah ini harus dilakukan setiap hari pagi dan malam.

Selain penjagaan luaran,seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan,begitu juga dengan kulit.Apabila anda tiada masalah,sentiasa tersenyum dan kurangkan tertekan agar kulit kurang mengendur,tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.



Jadi bagaimana cara nak elak kulit berkedut ?


Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral.Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.


Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian.Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah.Jangan malas bersenam.Selepas bangun tidur,cuba lakukan sedikit senaman rengangan untuk melancarkan peredaran darah.


Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan.Ada wanita beranggapan merokok boleh merosakkan badan?Sebenarnya tidak,apabila merokok dan wanita terkena panyakit,maka badan pesakit akan kurus.


Tidur tidak cukup
Waktu malam adalah masa terbaik untuk tidur.Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan tua daripada usia sebenar.


Elak bermekap
Pada waktu tertentu,benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap.Kulit juga perlu bernafas !Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.


Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan.Jangan kerana ingin kurus anda rela berlapar setiap hari.Cara baik,makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Makan makanan mengikut piramid makanan.Pastikan semua menu sihat disediakan.


Lakukan Rawatan Wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit,mencuci rambut fi salun,melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah.Anda boleh melakukan sendiri.Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi.Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubug badan.


Elak Tekanan
Tekanan mempercepatkan proses penuaan.Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.


Anggap Diri Hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik.Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan diri sendiri penampilannya akan menyerlah.


Ketawa
Ketawa penawar duka.Sentiasa senyum kerana senyuman adalah terapi paling mudah dan berkesan menghalang proses penuaan.

Review : Clean & Clear Oil Control Film

Hai Dremers..


Kerja tapi menyempat lagi update blog.Kahkah..Ini semua dinamakn curi tulang.Ohhh..Yake ?*Tskkkkk*

First time aku review produk dalam blog aku ini.Dan,semua info yang aku tulis semuanya hasil pandangan aku sendiri k..Let's get to the point.. *Blur*


Kecik je kan..Comel..Senang untuk dibawah
ke mana.Easy to carry on.


Bagi pemilik kulit berminyak sudah pasti tidak asing baginya lagi yang namanya kertas minyak,oil control film atau face paper.Iye kan ?Kerana itu semua senjata buat mereka yang mengalami oily skin.Jadi,untuk membuat agar wajah yang berminyak dapat di atasi dan juga buat muka tak kelihatakn kusam  aku sangat-sangat recommend keorang mencuba Clean & Clear Oil Control Film.

1 Kotak ada 60 Sheets.Jimat dan murah °_°


Aku dah pakai selama seminggu so far aku puas hati dengan hasilnya.Time kerja skin aku memang oily.Aku selalu ambik sekeping then dap-dap kat muka aku hasilnya.Euwehhhhh..Minyak.Boleh buat goreng ikan dah..Cehhh!!CnC Oil Control Film bukan sahaja menanggalkan minyak yang ada di muka malah ia sama sekali tidak menyumbat liang pori.

Bila dah dap2 kat muka yang berminayak
inilah hasilnya.EuwehhhMinyakkkk!!


Sebelum ni aku dah cuba beberapa produk tapi semuanya tidak buat aku jatuh cinta tapi CnC Oil Control Film ne dah buat aku jatuh cinta walaupun pada pertama  hari aku pakai. *Ngekkk*


Ratting : 5/5

Harga : Lupa dah ( Aku beli kat watsons)

Love :Best Pakai.Muka aku always nampak fresh bila pakai..

Hate : Nothing

Repurchase? : Yesss..Of course,absolutely Yess °_°