JALAN JALAN DI LANGKAWI | HARI PERTAMA

JALAN JALAN DI LANGKAWI DAY 1 | Hai dreamers dan selamat pagi.Hari jumaat lepas aku dan kawan seorang lagi jalan-jalan kat langkawi.Sebenarnya,percutian ini tanpa dirancang.Seminggu sebelum bertolak tu aku kerja tapi dalam masa yang sama aku menghayal.Hahaha..Sedang syok menghayal tiba-tiba ambil telefon dan whatsapp kawan bagitau kat dia jom p bercuti kat langkawi.Asyik kerja je stress la.Mula-mula tu takut juga tak dapat pergi sebab kami pun tak bagitau dengan bos lagi nak bercuti tapi kebetulan dah nak akhir tahun jadi cuti tahunan memang wajib la habiskan kalau tak burn macam tu je.Esok tu jumpa bos terus bagitau dan bos suruh isi form cuti.Selama menunggu kata putus dari bos macam-macam dah dalam fikiran aku.Seronok dan excited jangan tanya la..Hahaha..Hari isnin tu terus bos cakap "ok.cuti diluluskan"..Yahooooo..Jom p bercuti !

Pagi jumaat tu awal-awal dah bangun sebab kami tak tau feri bertolak pukul berapa.Pukul 6 pagi dah bertolak dari rumah dan sampai jeti kat penang pukul 7 setengah.Sampai je kat jeti terus p beli tiket feri dan harganya rm70 seorang untuk orang dewasa.Harga tiket yang sebenar hanya rm60 + Tax Rm10 So total rm70 la.Ambil 2 tiket untuk 2 orang rm140..Rupanya feri bertolak paling awal 8.15 Am..Ada masa lagi serapan la kejap.Setengah jam sebelum feri berlepas kena ada dah dalam feri.Naik feri dari penang ke langkawi lebih kurang 3 jam jugak la.Erhhh !Panas pungkoq dok lama-lama.Sampai pulau payar feri berhenti.Ingatkan kami turun sana rupanya bukan..Hahaha..Ini kali pertama aku p langkawi jadi memang tak tau apa-apa la.Dari pulau payar ke jeti langkawi lebih kurang 1 jam juga la.Sampai je jeti langkawi makan-makan sambil pusing2.Nak p hotel terus memang tak la sebab sampai je kami call hotel tu ada kosong ke tak tapi dia cakap tak ada lagi.Nak buat apa ?Lepak kat food court..Kiki..

Lebih kurang pukul 1 macam tu ingatkan nak naik bas je biar jimat tapi abang yang kerja kat feri tu cakap bas nak p pantai cenang tak ada dik.Kalau nak lagi senang boleh sewa kereta.Banyak servis kereta sewa di langkawi atau sewa motor di langkawi tapi disebabkan tak ada yang reti memandu jadi,kami decide ambik teksi.Teksi dari Jeti Langkawi ke Pantai Cenang Rm30.Aku ingatkan dekat je rupanya jauh wehhhhh..Aku tanya kawan aku "Wehh..betui ka rm30 saja ?Dah la jauh.Kalau kat penang maunya rm60 to rm70".Kawan aku cakap "Iya kan.Kalau macam ni aku nak dok langkawi je".Hahaha..Mula dah !Tapi serius aku cakap kat sana barang memang murah terutama rokok.Bak kata uncle teksi tu "kalau nak mati cepat datang la sini".Hahaha..Then orang dia pun ramah-ramah..Aku p kedai dengan kawan aku pekerja dia senyum je.Polis yang buat roadblock pun senyum..Erhhh..Bestnya jadi orang langkawi.
PERCUTIAN KE LANGKAWI

PERCUTIAN KE LANGKAWI

Sampai je kat hotel sattle semua bayaran dan sumbat barang dalam bilik terus ambil sunglass dan lepak tepi pantai.Cehhhhh !Hahaha..Lawak pun ada.Dah penat lepak terus masuk bilik dan tidur..Hahaha..Malam tu jalan-jalan cari makan.Bajet kami seorang untuk 3 hari dan 2 malam Rm500 tapi sampai sana bajet lari sampai Rm700.Semuanya sebab asyik makan,makan,dan makan.Hehehe..Dah habis kenyang perut balik ke hotel dan menggila dalam bilik berdua..

PERCUTIAN KE LANGKAWI

Bersambunggggggg..

7 comments