Showing posts with label Info. Show all posts

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut | Ramai wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masalah kulit.Selain memperoleh makanan seimbang,kulit harus di jaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih,menyegar dan melembap.Tidak kira sama ada anda mengunakkan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya,ketiga-tiga langkah ini harus dilakukan setiap hari pagi dan malam.

Selain penjagaan luaran,seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan,begitu juga dengan kulit.Apabila anda tiada masalah,sentiasa tersenyum dan kurangkan tertekan agar kulit kurang mengendur,tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.



Jadi bagaimana cara nak elak kulit berkedut ?


Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral.Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.


Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian.Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah.Jangan malas bersenam.Selepas bangun tidur,cuba lakukan sedikit senaman rengangan untuk melancarkan peredaran darah.


Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan.Ada wanita beranggapan merokok boleh merosakkan badan?Sebenarnya tidak,apabila merokok dan wanita terkena panyakit,maka badan pesakit akan kurus.


Tidur tidak cukup
Waktu malam adalah masa terbaik untuk tidur.Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan tua daripada usia sebenar.


Elak bermekap
Pada waktu tertentu,benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap.Kulit juga perlu bernafas !Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.


Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan.Jangan kerana ingin kurus anda rela berlapar setiap hari.Cara baik,makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Makan makanan mengikut piramid makanan.Pastikan semua menu sihat disediakan.


Lakukan Rawatan Wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit,mencuci rambut fi salun,melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah.Anda boleh melakukan sendiri.Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi.Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubug badan.


Elak Tekanan
Tekanan mempercepatkan proses penuaan.Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.


Anggap Diri Hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik.Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan diri sendiri penampilannya akan menyerlah.


Ketawa
Ketawa penawar duka.Sentiasa senyum kerana senyuman adalah terapi paling mudah dan berkesan menghalang proses penuaan.

TIPS | 5 CARA LUPAKAN BEKAS KEKASIH

HaI Dreamers..




Manusia dan cinta memang tidak dapat dipisahkan.Mencintai dan dicintai tu adalah perkara yang paling indah dalam hidup.Namun,tidak selamanya indah kerana ada ketikanya cinta akan pergi dari hidup untuk seketika.Saat cinta pergi kita akan merasa hidup tiada ertinya.Terasa terlalu sukar untuk "Move On".Jadi,di sini ada beberapa tips untuk di cuba.

1:Berhenti Mengasihani Diri Sendiri
Rasa kecewa,marah dan sakit hati kerana putus cinta selalu buat kita merasa punya alasan untuk mengasihani diri sendiri.Padahal,sejak awal kamu sudah tahu bahawa ketika kamu memberanikan diri untuk jatuh cinta maka kamu juga harus berani untuk merasa patah hati.Kamu punya hak untuk menvintai dia, tapi dia juga punya hak  yang sama untuk mencintai orang lain.Kamu harus berhenti mengasihani  diri sendiri dan berbesar hati membiarkan dia bersama orang yang dicintainya.

2 :Kembali Belajar Untuk Mencintai Diri Sendiri
Saat kehilangan sesuatu,ada baiknya untuk kamu mengingati bagaimana hidup kamu dulu saat masa sendiri.Mungkim kamu tidak sebahagia bersama dia,tapi jangan lupa fakta bahawa  saat itu kamu baik-baik sahaja.Mungkin kehilangan dia menyisakan tempat kosong di hati kamu,tapi bukan bererti duniamu akan berhenti.Cubalah untuk belajar mencintai diri kamu.Percayalah,sekiranya kamu dulu baik-baik saja tanpa dia,itu bermakna kamu juga akan baik-baik saja sekarang.

3: Singkirkan Semua Hal Yang Mengingatkan Kamu Tentang Dia
Singkirkan dia dari hidup kamu.Tidak ada gunanya kamu menyompan barang-barang yang hanya mengingatkan kamu tentang dia.Sebaiknya,kamu mulai buang semua barang yang pernah dia kasi dulu.Percayalah,dengan terus hidup bersama kenangan tentangnya tidak akan buat kamu merasa baik.


4:Jangan Terus Berharap Dengan Alasan " Kami Hanya Kawan"
Adakah kamu yakin bahawa kamu sudah mengangap dia sebagai kawan ?
Berhentilah membohongi diri sendiri.Kerana itu hanya akan membuat kamu terpuruk kamu lebih jauh.Mungkin suatu hari nanti kami boleh mengangap dia sebagai kawan.Tapi itu mungkin nanti dan bukan sekarang.


5:Ingat.Jodoh Kamu Yang Sebenarnya Masih Menunggu Di Luar Sana
Kamu akan bertemu orang baru.Saat kamu rasa sudah boleh lupakan bekas kekasih,jangan takut  untuk mulai hubungan baru.Jangan biarkan pengalaman patah hati yang pernah kamu rasakan membuat kamu jauh dari kebahagiaan.Jika bekas kekasih kamu bukanlah yang ditakdirkan untuk kamu,maka jodoh kamu yang sebenar masih menunggu di luar sana.


Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk “MoveOn” dan untuk benar-benar boleh bangkit maka semuanya itu  dimuhairslai dari NIAT!!!