10 Barang Penting Dalam Beg Solek

10 Barang Penting Dalam Beg Solek | Bagi wanita yang mementingkan solekan,tiada apa yang lebih sempurna,selain mempunyai peralatan lengkap dalam beg solekannya.Selain gincu dan pembayang mata pelbagai rona,tidak lengkap kiranya tiada peralatan lain untuk membentuk wajah lebih sempurna.
10 Barang Penting Dalam Beg Solek
Sumber:Google
Jadi bagi anda yang yang mahu mengemas kini beg solek ini adalah masa yang paling sesuai.Selain barang lama sudah lapuk itu boleh dibuang ada ruang untuk anda tambah koleksi baharu di dalam beg.Apa sekalipun yang ada di dalam beg,perkara yang paling penting ialah menjaga kebersihan setiap peralatan yang di gunakkan .Selepas mengguna peralatan,anda harus membersihkannya supaya kulit tidak rosak akibat mengunakkan barang kurang bersih.

Berikut antara 10 barang yang wajib ada di dalam beg solekan wanita.

1:Berus Bedak Asas
Kebanyakkan wanita senang untuk menyapu bedak asas mengunakkan jari.Selain ia menjimatkan masa,kesannya juga tampak rata.Bagaimanapun,pengunakkan berus khas untuk bedak asas akan memberi kemasan sempurna pada wajah.

2:Berus Penutup Noda
Berus yang terbentuk kecil ini sangat membantu menyempurnakan solekan.Sebagi contoh,penggunaan berus penutup noda bagi menutup kawasan gelap pada bawah mata akan memudahkan kerja dan menutupnya dengan baik.

3:Bronzer
Sebeb mengapa bronzer itu sangat penting dalam beg solekan ialah untuk mengemas kini solekan.Contohnya,anda perlu bertukar solekan pagi kepada malam untuk menghadiri majlis makan malam.Dengan pengunaan bronzer ia memudahkan lagi solekan dan memberi anda raut wajah lebih semula jadi.

4:Pelentik Bulu Mata
Alat ini sangat penting.Ia adalah taktik mudah untuk kelihatan lebih menarik.Bentuknya yang kecil memudahkan ia dibawah di dalam beg dan tidak makan banyak ruang.

5:Penyepit Kecil
Penting untuk kecemasan.Contohnya tiba-tiba ada uban yang mengganggu penampilan rambut anda atau kening perlu dikemaskan,penyepit kecil ini sangat berguna.Set penyepit ini jug a mudah didapati,jadi tidak menjadi masalah untuk simpan bagi kegunaan masa hadapan.

6:Maskara
Siapa yang tidak gemarkan sesuatu yang menyerlah.Lorekana maskara mampu mengubah penampilan wajah.Dengan sedikit sapuan maskara mata anda terus tempak menyerlah dan lebih menawan.

7:Bedak Asas
Penyelamat dalam pelbagai keadaan.Anda sudah mempunyai berus,justeru bedak asas juga perlu berada didalam beg yang sama.Sekiranya,warna kulit sudah tidak sekata atau wajah mula berminyak,sapukan saja bedak asas ini dan wajah anda kembali sempurna.

8:Pemerah Pipi
Penggunaan pemerah pipi sering menyerlahkan keayuaan wajah.Tambil lebih menarik dengan menambah pemerah pipi dalam solekan pasti si dia mudah tertawan.

9:Cermin
Solekan akan comot jika digunakan tanpa cermin.Ia juga penting untuk anda periksa penampilan anda pada bila bila masa sahaja.

10:Tisu Basah
Wanita dan tisu sukar dipisahkan.Selain mempu memadam solekan yang berlebihan ia juga berguna dalam pelbagai keadaan.Jadi simpan ruang untuknya !

Terima Kasih Suda Singgah.Lain Kali Mai la Singgah Lagi

 

Template designed by RRAI | Segala yang tertulis adalah hak milik Blog Mimi Story | All rights reserved