10 Barang Penting Dalam Beg Solek

featured 12/28/2016 03:25:00 PM
10 Barang Penting Dalam Beg Solek | Bagi wanita yang mementingkan solekan,tiada apa yang lebih sempurna,selain mempunyai peralatan lengkap dalam beg solekannya.Selain gincu dan pembayang mata pelbagai rona,tidak lengkap kiranya tiada peralatan lain untuk membentuk wajah lebih sempurna.
10 Barang Penting Dalam Beg Solek
Sumber:Google
Jadi bagi anda yang yang mahu mengemas kini beg solek ini adalah masa yang paling sesuai.Selain barang lama sudah lapuk itu boleh dibuang ada ruang untuk anda tambah koleksi baharu di dalam beg.Apa sekalipun yang ada di dalam beg,perkara yang paling penting ialah menjaga kebersihan setiap peralatan yang di gunakkan .Selepas mengguna peralatan,anda harus membersihkannya supaya kulit tidak rosak akibat mengunakkan barang kurang bersih.

Berikut antara 10 barang yang wajib ada di dalam beg solekan wanita.

1:Berus Bedak Asas
Kebanyakkan wanita senang untuk menyapu bedak asas mengunakkan jari.Selain ia menjimatkan masa,kesannya juga tampak rata.Bagaimanapun,pengunakkan berus khas untuk bedak asas akan memberi kemasan sempurna pada wajah.

2:Berus Penutup Noda
Berus yang terbentuk kecil ini sangat membantu menyempurnakan solekan.Sebagi contoh,penggunaan berus penutup noda bagi menutup kawasan gelap pada bawah mata akan memudahkan kerja dan menutupnya dengan baik.

3:Bronzer
Sebeb mengapa bronzer itu sangat penting dalam beg solekan ialah untuk mengemas kini solekan.Contohnya,anda perlu bertukar solekan pagi kepada malam untuk menghadiri majlis makan malam.Dengan pengunaan bronzer ia memudahkan lagi solekan dan memberi anda raut wajah lebih semula jadi.

4:Pelentik Bulu Mata
Alat ini sangat penting.Ia adalah taktik mudah untuk kelihatan lebih menarik.Bentuknya yang kecil memudahkan ia dibawah di dalam beg dan tidak makan banyak ruang.

5:Penyepit Kecil
Penting untuk kecemasan.Contohnya tiba-tiba ada uban yang mengganggu penampilan rambut anda atau kening perlu dikemaskan,penyepit kecil ini sangat berguna.Set penyepit ini jug a mudah didapati,jadi tidak menjadi masalah untuk simpan bagi kegunaan masa hadapan.

6:Maskara
Siapa yang tidak gemarkan sesuatu yang menyerlah.Lorekana maskara mampu mengubah penampilan wajah.Dengan sedikit sapuan maskara mata anda terus tempak menyerlah dan lebih menawan.

7:Bedak Asas
Penyelamat dalam pelbagai keadaan.Anda sudah mempunyai berus,justeru bedak asas juga perlu berada didalam beg yang sama.Sekiranya,warna kulit sudah tidak sekata atau wajah mula berminyak,sapukan saja bedak asas ini dan wajah anda kembali sempurna.

8:Pemerah Pipi
Penggunaan pemerah pipi sering menyerlahkan keayuaan wajah.Tambil lebih menarik dengan menambah pemerah pipi dalam solekan pasti si dia mudah tertawan.

9:Cermin
Solekan akan comot jika digunakan tanpa cermin.Ia juga penting untuk anda periksa penampilan anda pada bila bila masa sahaja.

10:Tisu Basah
Wanita dan tisu sukar dipisahkan.Selain mempu memadam solekan yang berlebihan ia juga berguna dalam pelbagai keadaan.Jadi simpan ruang untuknya !

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

5/24/2016 12:40:00 AM


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Shopping Di Zalora

featured 5/19/2016 02:50:00 AM
Shopping Di Zalora | Hai dreamers..Blog selalu sunyi je sejak kebelakangan ini.Hakikatnya Mimi selalu buka blog tapi nak tulis entry tu yang malas.*Alasan yang tak dapat diterima oleh akal dan fikiran* Mohon jangan kencam abam..Wkwkwkw..
By the way,Mimi memang gila bab beli bag tangan.Bila pergi shopping atau tengok barang online nampak bag cantik je mesti dalam hati *Wehhh cantik la.Aku nak* tapi selalu ingatkan diri untuk control nafsu berbelanja,sampai lah Mimi ternampak bag yang super cantik,awsome,dan memang style aku sangat.Nak tak terpaksa layankan kemahuan diri.Kikikiki

Jenama kesukaan Mimi bila beli bag adalah AR by Alfio Raldo.Bagi Mimi jenama ni bukan je unik tapi design dia semua lawa-lawa dan harga pun boleh tahan murah juga.Kalau keorang nak beli bag yang comel-comel boleh la usha bag jenama AR.Konferm keorang puas hati.Ahakkk..
Mimi biasanya kalau beli bag selalu beli online je dan semestinya Mimi pilih Zalora.Zalora bukan je banyak sale tapi boleh C0D (Cash On Delivery).Setelah puas tengok-tengok kat Zalora akhirnya Mimi pilih handbag ni.Bag ni tak besar dan tak kecil tapi boleh la sumbat macam-macam *Kikikiki*.Warna cantik,design yang comel.
Shopping Di Zalora
Adoiii..Mak jemah pegang bag meman macam tu ke?Ehekkk..Mimi ambil gambar ni masa nak pergi kerja.Wkwkwkw
Shopping Di Zalora
Belakang bag rupa dia macam ni.Simple je..
Shopping Di Zalora
Dalam ada banyak poket.Boleh letak macam-macam harta benda yang berharga.
Shopping Di Zalora
Depan macam ni.Cantik kan ?
Shopping Di Zalora
Ada tali panjang.Nak kelihatan macam Kim Kardashian boleh pegang macam biasa tapi nak kelihatan macam Mimi sila pakai tali panjang.Wkwkwkwkw
Tapi yang buat Mimi kecewa masa beli bag ni barang lambat sampai.Mimi order hari isnin dan seminggu lepas tu baru dapat.Mungkin sebab Mimi buat COD tu yang lambat kot.Wkwkwkw..Apapun,Mimi suka shopping kat Zalora sebab boleh COD. *Mehmehmeh*

Oke bye !Nanti jumpa lagiiiii.

Peniaga Online Berkemungkinan Akan Dikenakan Cukai Mulai 2017

5/18/2016 03:51:00 AM
 online-business-tax
Peniaga Online Berkemungkinan Akan Dikenakan Cukai Mulai 2017  | Kementerian Kawangan Malaysia ( MOF ) berkemungkinan akan mengenakan cukai ke atas perniagaan online bermula 2017,sejajar dengan kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini.

 Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata MOF sudah mengarahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu.

Malah, katanya, LHDN yang menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian, turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu.

“Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai.

“Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Sektor Awam – Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan Ekonomi Asia, di sini, hari ini.

Irwan berkata pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan SSM.

“Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang diperoleh,” katanya.
Menurutnya, kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan pemandu teksi/kenderaan perkhidmatan Uber dan Grab boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai.

Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000.

Sumber :Free Malaysia Today

Entahhhh laaaaa..Kerajaan tahu kira rugi dieorang je.Tak tau pulak fikir tentang beban yang rakyat tanggung.Fuhhhh!

1st Giveaway by Aura Queen

5/06/2016 06:47:00 PM
1st Giveaway by Aura Queen 

1st Giveaway by Aura Queen.Giveaway ini diadakan sempena PEMBUKAAN BLOG AURA QUEEN ORIGINAL.Doa dan harapan kami di Aura Queen,semoga anda sudi join ya.Semoga Giveaway ini mendapat sambutan dari sahabat blogger sekalian.Giveaway Aura Queen ini adalah tajaan sepenuhnya AURA QUEEN ORIGINAL.Giveaway terbuka kepada semua blogger di Malaysia.1st Giveaway by Aura Queen bermula pada hari ini,6 May 2016 dan akan berakhir pada 31 May 2016 jam 11.59 malam.Cepat cepat JOIN.Aura Queen mencari LIMA PEMENANG BERTUAH yang akan memenangi WANG TUNAI RM50 dan juga Feminin Wash AURA QUEEN.



*SILA TEKAN BANNER DIATAS UNTUK JOIN*

SYARAT SYARAT 1st GIVEAWAY by AURA QUEEN 


1 - BUAT SATU ENTRI GIVEAWAY
Buat satu entri bertajuk " 1st Giveaway by Aura Queen ''.

2- FOLLOW BLOG 

3- LIKE PAGE FACEBOOK

4- FOLLOW INSTAGRAM

5. Copy CODE di bawah dan PASTE di ruangan html 

6. Copy paste LINK entri GIVEAWAY anda hanya di ruangan komen entri Giveaway ini sahaja


Feminin Wash AURA QUEEN


Feminin Wash AURA QUEEN , Feminine Wash Aura Queen


Rahsia Penjagaan Bahagian Intim Wanita Bersama Feminin Wash AURA QUEEN

- Menjadikan bahagian intim wanita akan terasa harum dan segar sepanjang hari..." Feminin Wash AURA QUEEN boleh membantu menyelesaikan masalah kegatalan bahagian intim wanita dan menghilangkan bau.Haruman mempesona..Kesegaran yang kekal lama...Feminin wash AURA QUEEN terbaik untuk wanita masakini.
- Aura Queen menggunakan bahan-bahan tradisi di tambah baik dengan yang moden menjadikan Feminin Wash AURA QUEEN terasa harum segar dan mendapat kebaikannya pada si pemakai .

Kelebihan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Bau wangiannya yang segar 
- Kandungannya pekat dan menjimatkan 
- Terasa nyaman bila digunakan dan kesegaran berpanjagan 
- Memberi keyakinan diri 


Fungsi Feminin Wash AURA QUEEN 

- Mengatasi masalah keputihan 
- Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan 
- Antiseptik ( menghalang bakteria dan fungus ) 
- Menghilangkan kegatalan 
- Menganjalkan dan memelihara kulit 
- Menstabilkan PH vagina 
- Mencerahkan 
- Mengetatkan 
Kandungan : Aqua, Sireh, Manjakani, Aloe vera, Kacip fatimah, Garam bukit, Cola lipid 

Cara Penggunaan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Titiskan pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih,biarkan 3 hingga 4 saat dan bilas sehingga bersih. 

Isi kandungan 100ml 

Maklumat Lanjut Feminin Wash AURA QUEEN


Untuk respon lebih cepat ( pertanyaan/order ) anda boleh Call,WhatsApp atau Sms no tertera di bawah :

📞 014-9323212
📞 014-9323212
📞 014-9323212

FEMININE WASH AURA QUEEN SAHABAT BAIK ASET ANDA !!
FEMININE WASH AURA QUEEN HARUMAN PENCETUS KETERUJAAN SUAMI....


1st Giveaway by Aura Queen adalah tajaan sepenuhnya Aura Queen Original.Terima Kasih kerana sudi join Giveaway ini.


Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

GIVEAWAY 5/06/2016 01:50:00 AM
klik untuk sertai
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.


Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian.

Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.

Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.

========================================================================

Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH PEMENANG

Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Like facebook penaja.
2. Follow instagram penaja.

3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

  • Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
  • Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
  • Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.

Semoga berjaya semua..

Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini.

Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?

Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut

featured 5/04/2016 10:47:00 AM
Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut | Ramai wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masalah kulit.Selain memperoleh makanan seimbang,kulit harus di jaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih,menyegar dan melembap.Tidak kira sama ada anda mengunakkan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya,ketiga-tiga langkah ini harus dilakukan setiap hari pagi dan malam.

Selain penjagaan luaran,seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan,begitu juga dengan kulit.Apabila anda tiada masalah,sentiasa tersenyum dan kurangkan tertekan agar kulit kurang mengendur,tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.



Jadi bagaimana cara nak elak kulit berkedut ?


Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral.Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.


Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian.Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah.Jangan malas bersenam.Selepas bangun tidur,cuba lakukan sedikit senaman rengangan untuk melancarkan peredaran darah.


Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan.Ada wanita beranggapan merokok boleh merosakkan badan?Sebenarnya tidak,apabila merokok dan wanita terkena panyakit,maka badan pesakit akan kurus.


Tidur tidak cukup
Waktu malam adalah masa terbaik untuk tidur.Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan tua daripada usia sebenar.


Elak bermekap
Pada waktu tertentu,benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap.Kulit juga perlu bernafas !Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.


Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan.Jangan kerana ingin kurus anda rela berlapar setiap hari.Cara baik,makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Makan makanan mengikut piramid makanan.Pastikan semua menu sihat disediakan.


Lakukan Rawatan Wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit,mencuci rambut fi salun,melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah.Anda boleh melakukan sendiri.Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi.Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubug badan.


Elak Tekanan
Tekanan mempercepatkan proses penuaan.Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.


Anggap Diri Hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik.Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan diri sendiri penampilannya akan menyerlah.


Ketawa
Ketawa penawar duka.Sentiasa senyum kerana senyuman adalah terapi paling mudah dan berkesan menghalang proses penuaan.

Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga

5/03/2016 01:19:00 AM
Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga |Chukai, 2 Mei: Polis telah menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang juga dipercayai menjadi punca kematian gadis berkenaan.
Harian Metro melaporkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain dari mata mangsa lebam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ahli keluarga yang ditahan adalah bapa gadis terbabit yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, adik perempuan, 21 dan adik lelaki mangsa 14.

Menurut beliau lagi, pada awalnya bapa mangsa membuat laporan kematian anaknya akibat sakit biasa.

"Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur penderaan.

"Hasil pemeriksaan, polis juga mendapati keadaan fizikal gadis terbabit terlalu kurus seolah-olah kebulur tidak cukup makan selain ada beberapa kesan gigitan pada badan serta matanya lebam," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Kenapa la sejak akhir-akhir ini makin banyak kes penderaan dilaporkan.setiap minggu ada saja berita macam ni.tempoh hari bayi didera..yang ni pula gadis didera..Di mana sifat perikemanusiaan dan kasih sayang?Apa sudah hilang kah rasa kasih sayang dalam keluarga?Entah la..Semoga keluarga kita dijauhkan lah kes penderaan seperti ini.

Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com

4/24/2016 02:06:00 PM
Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 April 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #20 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mei 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

4/22/2016 07:58:00 PM
Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

9 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Di Malaysia

4/21/2016 03:49:00 PM
9 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Rumah Di Malaysia | Terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum merancang atau berniat untuk membeli sebarang rumah kediaman.Dalam apa-apa pembelian yang melibatkan kawangan perancangan rapi perlu diatur terlebih dahulu.Jika anda seorang pembeli kali pertama,beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum melibatkan diri supaya tidak membebankan perbelanjaan kawangan bulanan anda.Ini adalah kerana pembeli yang tidak bijak merancang terutama dalam pengagihan sumber kawangan bulanan akan merana dalam masa yang agak panjang ataupun berhadapan dengan bayaran tertunggak dengan pihak bank.Oleh itu,apabila anda sudah berniat untuk membeli hartanah ia perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti supaya semua kesulitan dapat dielakkan dimasa akan datang.Berikut 9 perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli rumah ;

Menggunakan Portal Hartanah
Untuk mencari Hartanah Untuk Dijual, PropertyGuru Malaysia menawarkan anda pelbagai pilihan yang boleh anda semak imbas.Terokai senarai rumah dengan melihat gambar tersebut ,tetapi jangan bergantung sangat dengan gambar.Cahaya dan sudut akan membuat gambar terlihat berbeza didalam gambar dan akan membuat ruang kecil kelihatan seolah olah lebih besar.Anda boleh melihat harga untuk mendapatkan cadangan berapa banyak rumah di sesuatu kawasan tertentu yang perlu anda pergi.

Lawatan Tapak
Banyak penjual rumah menguruskan rumah mereka untuk menunjukkan kepada pelanggan cahaya didalam sebaik mungkin.Terokai dengan lebih jauh lagi untuk mengkaji seni bina tempat itu.Adakah ia mempunyai struktur yang kukuh?Adakah ruang itu cukup besar untuk anda dan keluarga anda?Strip hiasan dan perabot jauh.Adakah ruang yang boleh digunakan dengan cara yang sesuai dengan keperluan anda?Pertimbangkan soalan-soalan ini  apabila anda  berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain,cuba untuk memikirkan mana satu padanan yang tepat.

Memeriksa Rumah Dengan Bijak
Sebelum anda bersetuju membeli rumah tersebut,cari seorang arketik profesional untuk membuat pemantauan terakhir dengan anda.Jangan percaya begitu saja dengan keadaan rumah atau promosi penjual rumah.Dengan cara itu anda boleh memilih sama ada teruskan pembelian atau sebaliknya.

Jangan Tergesa-gesa
Fikir masak-masak sebelum anda membuat keputusan.Jika anda tidak dapat mencari rumah yangs sesuai untuk anda,jangan tergesa-gesa untuk membelinya.Jangan memaksa diri untuk membeli mana-mana rumah yang sedia ada di pasaran sekiranya hati anda tidak berkenan.Ambil masa yang panjang untuk menentukan.Jika anda tidak dapat mencari rumah yang sesuai dengan kehendak anda,tunggu ia keluar.Anda tidak perlu tergesa-gesa membeli rumah ketika anda telah melihatnya kerana ia adalah salah satu yang anda mahu.Sikap tergesa-gesa akan mendorong anda membuat kesilapan dalam urusan pembelian serta boleh menyebabkan banyak masalah semasa anda membeli rumah itu nanti.Oleh itu,ambil masa untuk memastikan anda membuat pilihan yang tepat.

Cari Maklumat Tentang Syarikat Pemaju
Baca segala-galanya yang ada.Tanya soalan.Dengan cara itu ,anda boleh mendapatkan maklumat latar belakang yang boleh membantu anda.Ini juga sedikit nasihat untuk berurusan dengan proses pembelian rumah.Selidiki sebanyak mungkin agar anda tidak terjebak dengan penipuan.Setidaknya anda perlu mendapat sedikit gambaran tentang syarikat pemaju.Ini kerana terlalu banyak kes syarikat pemaju tidak berdaftar secara sah.

Pilih Lokasi Yang strategik
Malay Mail Online memuat cadangan ini.Pastikan ianya tidak jauh dari lokasi  tempat anda berkerja atau dari hab pengangkutan utama dan infrastruktur komunikasi.Lokasi yang sesuai ialah berdekatan industri,dekat bandar,dan kawasan pusat pengajian.

Sentiasa Membaca Maklumat Dokumen
Free Malaysia Today menawarkan nasihat ini.Dengan cara itu,anda tahu apa hak anda.Lebih baik lagi,anda mengupah peguam untuk membantu anda menyemak dokumen undang-undang,Dengan cara ini,anda boleh yakin segala-galanya adalah seperti yang diharapakn.Anda tidak perlu bimbang tentang kelemahan undang-undang yang menyebabkan masalah dikemudian hari.Tidak dapat memahami terma atau syarat?Dengan peguam,anda tidak perlu risau sekirannya anda kehilangan maklumat terperinci penting.Anda boleh bertanya sebanyak mungkin soalan untuk menjelaskan isu dan tetapkan dalam fikiran untuk berehat.

Tentukan Bajet Anda
Berbelanja berlebihan adalah idea yang buruk.Apabila anda membeli rumah,anda perlu bersedia dengan kos yang akan datang.Oleh itu,apabila anda berbelanja pastikan  ianya tidak memberi kesan kepada bajet rumah anda,ia memberi kesan kepada semua belanjawan lain yang perlu anda ketepikan kerana perbelanjaan anda yang lain juga.Dan jika anda berbelanja berlebihan ,memilih rumah itulah dunia dari apa yang anda mampu,anda bukan sahaja mengalami tahun didalam hutang ,anda juga akan mendapati diri anda menghadapi kesilapan kewangan yang terbesar dalam hidup anda.

Mengupah Ejen Hartanah
Proses membeli hartanah boleh menjadi satu proses yang sangat sukar dan meletihkan.Ramai orang yang menggangap dengan maklumat yang mudah didapati di internet mereka boleh melakukannya tanpa bantuan ejen hartanah.Hakikatnya,pasaran hartanah yang sebenar adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengalaman dan pengatahuan.Kebaikan mengupah ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan.Tambahan pula,anda mungkin ketinggalan butiran dan akhirnya membeli rumah yang salah sama sekali.

Akhir sekali,cari rumah yang terbaik buat anda dan keluarga anda serta sesuai dengan kawangan anda.Ini adalah nasihat yang paling penting dalam mana-mana pembeli kali pertama.


Mini Giveaway By Niena Annisa'

4/12/2016 02:09:00 AM
ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :






Shawl chiffon x 2 pemenang

Pengalaman Test JPJ 2016

featured 4/10/2016 10:10:00 PM
Pengalaman Test JPJ 2016 |Mimi start training 28/2 dan masa Mimi training setiap hari 2 jam dari pukul 10am sampai 12pm.Panas mak jemahhhhh.Tangan mimi burn teruk-teruk cuma kulit yang tersorok dengan jam tangan je putih.Ahahahaha.Mimi di ajar oleh cikgu Marimuthu.Sepanjang belajar dengan Cikgu Marimuthu selalu juga la kena marah tapi tetap sabarkan hati.Nak pandai bukan senang.Lagipun dia marah sebab nak kita cepat pandai kan.Kikiki.Mimi training memandu 9 hari je.Last training hari khamis dan hari jumaat ada test JPJ,ingatkan nak test JPJ pada hari jumaat tu tapi di sebabkan nak balik sabah dan Mimi perlukan duit terpaksa Mimi ambil selepas balik dari sabah.Mimi baru belajar 8 hari je dan 1 lagi tu Mimi saja tak nak ambil sebab Mimi nak training dulu sehari sebelum test JPJ.Test JPJ pun kena booking 2 minggu .Sebelum Mimi balik sabah Mimi p booking untuk test JPJ dulu tapi Mimi tak bayar lagi.Mimi cakap kat orang tu akan bayar selepas balik dari sabah.Mimi balik kat penang pun dah hujung bulan jadi gaji pun dah masuk ada la duit buat bayar untuk test JPJ.Ehekkk..Balik sabah 2 minggu  3k sekelip mata je habis bahkan tak cukup wehhhhh..Apesal laaaaaaa.Barang kat sabah mahal sangat.Milo ais 1 cawan pun rm3.Gila !


Hari yang ditunggu telah pun tiba.8/4 Mimi test JPJ,balik je kerja 8am balik rumah tukar baju dan terus datang kat BERJAYA tu.Sampai sana p sign entah apa benda terus masuk bilik kuliah,dah la masuk bilik pun salah.Erhhh..boleh pulak Mimi masuk bilik khas untuk lesen Moto je.Tak mula lagi dah mamai...Aahaha.Terpaksa pindah bilik lagi.Huhu.Dalam bilik kuliah tu kena dengar ketua JPJ tu bercakap bla..bla..bla..Ketua JPJ tu pun nampak ok la..Macam ramah je.Mimi cakap dalam hati "harap-harap dia yang test aku nanti kat jalan raya".Amboiii..Bijak sungguh otak ni.Krikkrik.Selesai dengar dia berceramah terus kami semua tunggu kat luar.Huhuhu..Sampai luar kena duduk diam-diam.Tunggu no kena panggil Mimi dapat no 18.Pertama sekali kena buat RPK (Rutin pemeriksaan kendaraan).Masa RPK tu entah macam mana semuanya Mimi lupa..Hahahaha..Nasib baik JPJ yang jaga bahagian RPK tu macam buat tak tau je.Kita cakap pun macam cakap sendiri-sendiri je.Hahahaha.Part RPK tu je Mimi rasa lawak.Kikiki..Boleh pulak kat bonet belakang tu papan tanda amaran tu Mimi cakap "Tayar depan ok"Adoiiii..Tapi mungkin sebab JPJ tu dok jauh dia tak dengaq.Dah siap tu Mimi cakap kat JPJ tu "dah siap" terus JPJ tu cakap "Ok..p dok sana.Sat g nak test kat jalan raya dah" Mimi pun duduk kat kerusi sambil tunggu kena panggil.

Test kat jalan raya semua 5 biji kereta,4 tu viva dan 1 lagi kanciL.Oh yaaa..Sepanjang Mimi training Mimi tak pernah bawa Viva.Masa tu la jantung macam nak jatuh je.Lagi nak dekat turn Mimi lagi la kuat jantung ni berdegup.Hahaha..Lagi ada 3 orang tu baru la sampai turn Mimi pastu bila dah sampai turn Mimi tiba-tiba yang test Mimi kat jalan raya ketua JPJ tu pulak dan dia pakai kancil.Lega sikit jantung ni.Kikiki.Sebelum nak jalan tu kena buat RSM (Rutin sebelum memandu) dulu dan Mimi hampir lupa nak pakai tali pingang,nasib baik JPJ tu ingatkan.Kah !Dalam perjalanan tu adoiii banyak sangat orang tu tanya"Ingatkn awak orang cina", " awak sabah kat mana", "saya nak kawan dengan awak"," awak kerja mana"Dah la semua soalan yang dia tanya soalan peribadi.Ishhhh!.Dalam hati "dia nak nak tengok aku memandu atau nak ajak aku sembang"?Dia tanya Mimi jawab je sampai dah salah-salah Mimi bawak kereta.Enjin MATI sekali,lepastu dah berhenti lupa tukar gear 1,pastu tak berhenti kat garisan yang sepatutnya.Arhhh..Mimi betul-betul hilang fokus sebab orang tu asyik bawak sembang je.Hampir Mimi cakap "Kalau aku gagal aku tak tak maafkan kau..Hahahaha" tapi tak tercakap sebab takut dia bagi gagal betul-betul,nayaaa aku nanti..Sampai je kat pondok terus dia bagi borang kat Mimi dan Mimi tengok borang tu Mimi dapat 64/80.Sebelum keluar kereta orang tu sempat pesan "Nanti buat betul-betul ye".Mungkin dia tengok markah Mimi kurang kot.Hehehe

Jalan raya dah siap tinggal kat litar je.Kat litar Mimi tak yakin bahagian parking tapi ramai yang cakap tak yakin bahagian bukit.Perhhh!!Tapi memang betul la banyak orang tak lepas bahagian bukit.Fuhh!!Nebes laaaaaaa..Turn Mimi dah,percubaan pertama Mimi bawa laju sangat sebab kaki bergetar wehhh.Tayar keluar garisan kuning dan JPJ yang jaga tu cakap "no 18 turun dan cuba sekali lagi",Mimi pun undur dan Mimi tarik nafas dalam-dalam sambil bertenang.Ehhh tak sangkah pulak percubaan kedua tayar ngam-ngam kat garisan kuning.Erhhh..Legaaa..Bahagian bukit kalau tak sampai atau terlebih garisan kuning kita ada peluang mencuba sekali lagi tapi pastikan tak angkat tangan lagi.Tapi kalau dah angkat tangan pastu tayar kereta kat luar garisan atau lebih garisan kuning dah dikira GAGAL.Lepas bukit terus p kat Z,Parking,3 Penjuru dan S semuanya Lulus.Dah siap semua p ambil borang dan JPJ yang jaga bahagian parking tu JPJ yang test Mimi juga kat jalan tadi.Dia siap perli Mimi "Erhh..dapat 70/70 la..Tahniah..Awak Lulus".Mimi ambil je borang tu sambil senyum kambing.Sebelum balik tu Mimi jumpa lagi Cikgu Marimuthu sebab nak cakap terima kasih kat dia dan yesss dah dapat lesen P.Tapi lagi 2 minggu baru siap.


Advertise

Mimi Story