Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga

5/03/2016 01:19:00 AM

Gadis 22 Tahun Mati Disyaki Didera Keluarga |Chukai, 2 Mei: Polis telah menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang juga dipercayai menjadi punca kematian gadis berkenaan.
Harian Metro melaporkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain dari mata mangsa lebam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, ahli keluarga yang ditahan adalah bapa gadis terbabit yang berusia 49 tahun, ibu tiri, 35, adik perempuan, 21 dan adik lelaki mangsa 14.

Menurut beliau lagi, pada awalnya bapa mangsa membuat laporan kematian anaknya akibat sakit biasa.

"Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur penderaan.

"Hasil pemeriksaan, polis juga mendapati keadaan fizikal gadis terbabit terlalu kurus seolah-olah kebulur tidak cukup makan selain ada beberapa kesan gigitan pada badan serta matanya lebam," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Kenapa la sejak akhir-akhir ini makin banyak kes penderaan dilaporkan.setiap minggu ada saja berita macam ni.tempoh hari bayi didera..yang ni pula gadis didera..Di mana sifat perikemanusiaan dan kasih sayang?Apa sudah hilang kah rasa kasih sayang dalam keluarga?Entah la..Semoga keluarga kita dijauhkan lah kes penderaan seperti ini.

You Might Also Like

3 Motivation

  1. 22tahun kena dera..kesiannya.walaupun da kategori dewasa..tpi msti teruk dia kena..sbb mati kn.. :(

    ReplyDelete
  2. 22tahun kena dera..kesiannya.walaupun da kategori dewasa..tpi msti teruk dia kena..sbb mati kn.. :(

    ReplyDelete
  3. awat lagu ni jadinya.. isk macam2..

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story