Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut

5/04/2016 10:47:00 AM

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut | Ramai wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masalah kulit.Selain memperoleh makanan seimbang,kulit harus di jaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih,menyegar dan melembap.Tidak kira sama ada anda mengunakkan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya,ketiga-tiga langkah ini harus dilakukan setiap hari pagi dan malam.

Selain penjagaan luaran,seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan,begitu juga dengan kulit.Apabila anda tiada masalah,sentiasa tersenyum dan kurangkan tertekan agar kulit kurang mengendur,tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.



Jadi bagaimana cara nak elak kulit berkedut ?


Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral.Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.


Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian.Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah.Jangan malas bersenam.Selepas bangun tidur,cuba lakukan sedikit senaman rengangan untuk melancarkan peredaran darah.


Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan.Ada wanita beranggapan merokok boleh merosakkan badan?Sebenarnya tidak,apabila merokok dan wanita terkena panyakit,maka badan pesakit akan kurus.


Tidur tidak cukup
Waktu malam adalah masa terbaik untuk tidur.Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan tua daripada usia sebenar.


Elak bermekap
Pada waktu tertentu,benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap.Kulit juga perlu bernafas !Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.


Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan.Jangan kerana ingin kurus anda rela berlapar setiap hari.Cara baik,makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Makan makanan mengikut piramid makanan.Pastikan semua menu sihat disediakan.


Lakukan Rawatan Wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit,mencuci rambut fi salun,melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah.Anda boleh melakukan sendiri.Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi.Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubug badan.


Elak Tekanan
Tekanan mempercepatkan proses penuaan.Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.


Anggap Diri Hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik.Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan diri sendiri penampilannya akan menyerlah.


Ketawa
Ketawa penawar duka.Sentiasa senyum kerana senyuman adalah terapi paling mudah dan berkesan menghalang proses penuaan.

You Might Also Like

4 Motivation

  1. wahh.. nice.. thankyou for sharing kak mimi..

    ReplyDelete
  2. alaaa kena elak mekap ke ? tapi kalo x mekap kang scary org tngk =P

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story