Peniaga Online Berkemungkinan Akan Dikenakan Cukai Mulai 2017

5/18/2016 03:51:00 AM

 online-business-tax
Peniaga Online Berkemungkinan Akan Dikenakan Cukai Mulai 2017  | Kementerian Kawangan Malaysia ( MOF ) berkemungkinan akan mengenakan cukai ke atas perniagaan online bermula 2017,sejajar dengan kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini.

 Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata MOF sudah mengarahkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu.

Malah, katanya, LHDN yang menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian, turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu.

“Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai.

“Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Sektor Awam – Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan Ekonomi Asia, di sini, hari ini.

Irwan berkata pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan SSM.

“Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang diperoleh,” katanya.
Menurutnya, kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan pemandu teksi/kenderaan perkhidmatan Uber dan Grab boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai.

Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000.


Entahhhh laaaaa..Kerajaan tahu kira rugi dieorang je.Tak tau pulak fikir tentang beban yang rakyat tanggung.Fuhhhh!

You Might Also Like

3 Motivation

  1. jadi macam mana pula dengan mereka yang cuma sebagai dropshipper? kena juga ka?

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM.

    SEGMEN JEMPUTAN

    http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/segmen-jom-singgah-jmbelog-jemputan-on.html

    ReplyDelete
  3. sedeyh la... muja dropshipper je.. harap2 tak kena..

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story