TEST KOMPUTER GAGAL !

1/23/2016 06:12:00 PM

TEST KOMPUTER  GAGAL ! | Hai dreamers..Balik je kerja pagi tadi terus cepat-cepat balik rumah ganti baju dan terus ke tempat test komputer.Yang masih tak tahu bahawa sekarang ni Mimi tengah belajar memandu boleh baca entry INI.Sampai kat tempat test komputer tiba-tiba pulak Ic Mimi lupa bawa.Nak tak nak terpakas balik rumah ambil Ic dan macam biasa Mr H membebel sampai telinga aku sakit nak dengar.Krik2..Wehhh..Bukan sekali dua sebenarnya Mimi lupa bawa ic bila ke mana-mana tapi selalu dah sangat...Sebab tu la Mr H bising.Kah !

Ic semua dah ada then tunggu giliran punya la lama.Banyak orang..Baru Mimi ingat hari ini orang cuti dan no wonder la ramai orang.Mimi tunggu dari pukul 8.30 am dan sampai giliran Mimi untuk masuk test komputer jam 11am.Masa menunggu tu semua pelajar baca buku tentang memandu tu ada beberapa orang je yang tak baca termasuk Mimi.Yeahhh!!Acah-acah budak dah pandai macam tu la kan.Kikiki.
Rata-rata pelajar yang ambil dapat keputusan GAGAL.Mimi sendiri pun tak berapa yakin lulus ke tak.Bila sampai turn Mimi untuk menjawab,Mimi pun agak gementar sikit.Masa untuk menjawab 1 jam tapi Mimi jawab hanya 13 minit 5 saat !Hebat tak ?Hahahaha.Dah submit keputusan arghhhh,GAGAL.What !Masa menjawab tu Mimi dah yakin yang Mimi takkan lulus sebab banyak soalan yang Mimi sendiri pun  tak tau nak apa,terutama bila keluar soalan tentang mata demerit dan peraturan saat-saat tu.Mimi hanya berharap yang Mimi LULUS tapi sebaliknya pula.Mimi hanya dapat jawab soalan 38/50 sedangkan markah untuk lulus adalah 42/50.Stress sekejap.

Tapi kan,Mimi takkan putus asa.Next week Mimi cuba lagi ambil mana la tau lulus kan.Hehehehe..Tadi pun Mimi sendiri tak dapat nak fokus sebab penat sangat dan mengantuk.Yela,dari jam 12am kerja sampai 8am,balik terus ke tempat test komputer.Adalah juga orang suruh tak payah ambil bayar je kat orang tak tak nak lah.Bayar kat orang beratus-ratus buat apa.Lagi baik kalau gagal ulang lagi.Bayaran pun maybe Rm30 je.Biar la test berulang kali yang penting hasil usaha sendiri daripada suruh orang kan.Kikiki..

Tu je Mimi nak share..Hehehehe..Opsss,terima kasih kerana sudi bagi semangat kata Mimi.U ols memang baik.Winkkkk..

You Might Also Like

4 Motivation

  1. lg skit je nak lulus. Apapun, jgn brptus asa tau. manatau, test kali ke2 dpt full mark

    ReplyDelete
  2. good luck ^^ try harder next time :)

    ReplyDelete
  3. cuba lagi kak. saya pun dulu gagal sekali jugak

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story