HOUSEMATE YANG PELIK !

1/20/2016 03:54:00 AM

HOUSEMATE YANG PELIK ! | Sejak beberapa hari lepas Mimi tak pernah lagi bercakap dengan housemate Mimi yang seorang.Mimi pun tak tau apa penyebabnya.Sejak Mimi balik dari langkawi dengan kakak dan kawan hari tu dia tu suka sangat buat muka dengan aku.Kadang-kadang Mimi pun pelik.Sakit hati pun ada.Dari dulu Mimi tak berapa suka sangat dengan perangai dia ni,dia ni kuat cemburu bagi Mimi dan berlagak orang kaya dan sombong.Selama ni dia mengata pasal Mimi,Mimi diam je.Mimi bukannya seorang yang suka ambil peduli apa orang cakap.Kau burukkan aku sejuta kali sekalipun Mimi diam saja.Tapi kali ini kesabaran Mimi betul-betul berada di tahap yang terakhir.

Minggu lepas kawan Mimi yang seorang tu balik penang sebab kakak dia dari sabah datang ke penang jalan-jalan dan di kesempatan tu Mimi ajak la kawan Mimi yang seorag tu datang rumah lepak ehh mana tau  housemate Mimi tu tiba-tiba muka masam dan buat status yang bukan-bukan kat facebook.Warghhh..Lagi la bertambah panas.tapi Mimi masih boleh control perasaan marah Mimi.Lagipun bagi Mimi kau nak marah pun tak guna,Baik diam je kan.Tu lebih baik..

Tengah syok-syok sembang dengan kawan Mimi secara tak tersengajah kawan Mimi tu bagitau kat Mimi yang housemate Mimi tu bagitau kat dia "Kakak dah banyak tolong dia tapi kakak mintak tolong sikit je pun dia tak nak tolong".Whattt !!Mimi macam nak pergi je serang housemate Mimi  tu tapi terpakasa sabarkan hati.Hakikatnya Mimi dah bagitau kat housemate Mimi tu yang esok pagi sampai tempat kerja Mimi baru akan call teksi sebab Mimi tak simpan no teksi tapi housemate bagitau kat kawan cerita lain pulak.Bukan sekali housemate Mimi tu putar belitkan cerita tapi selalu sangat dah.Cerita sebenar lain tapi dia bagitau kat orang lain cerita lain pulak.Kenapa la perangai dia macam tu.Umur dah 30 sepatutnya lebih matang ni tak,umur semakin meningkat perangai bertambah macam budak-budak.Langsung tak matang.

Sekarang ni Mimi dengan adik dan kakak sedang cari rumah sewa baru.Harap-haraplah dapat rumah sewa secepat mungkin.Dah tak tahan tinggal serumah dengan perempuan yang tak matang.

P/s Harap-harap abang sepupu tinggalkan dia.Kah !Aku lah yang paling bahagia bila abang sepupu tinggalkan perempuan tu.Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah.

You Might Also Like

4 Motivation

  1. Sabar je la dengan orang macam tu. be strong :)

    ReplyDelete
  2. Umur dah nak dekat 30 pun perangai tak matang..apa laa, just cari rumah lain and takyah stay dengan org gitu...

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story