KAEDAH KETAHUI JENTINA BAYI |Setiap pasangan yang bakal menjadi ibu dan bapa sudah tentu bersemangat dan tidak sabar lagi untuk mengetahui jantina anak mereka kelak. Percayalah memasuki bulan ketiga dan seterusnya bakal ibu atau bapa akan sentiasa tertanya-tanya apakah jantina anak mereka. Tahukah anda selain daripada mendapat tahu secara tradisional mahupun terkini ada cara baru yang boleh difikirkan namun sejauh mana kebenaran perkara ini tidak dapat dikenal pasti.
“Petua ni saya dapat masa kursus kerja, ada seorang pensyarah yang bagi. Masa tu umur baru 21 tahun tapi saya ingat sampai saya hamil anak sendiri masa umur 24 tahun sebab selalu tolong kirakan untuk kawan-kawan dan semua kiraan betul.
“CARANYA: Bulan last period dicampurkan (+) umur kita masa last period tu (ikut bulan). Jika hasil genap anak perempuan dan jika hasil ganjil anak lelaki.
“Contoh saya last period Disember 2014 masa tu umur dah cukup 24 tahun (birthday Ogos). Jadi 12+24=36 (genap). Masa detail scan saya tak terkejut pun doktor bagitahu yang saya hamil baby girl,” tulisnya.
Jadi anda sudah dapat kiraan anda? Tidak kira jantina bayi perempuan ataupun lelaki, perkara paling penting ialah bayi yang bakal dilahirkan berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Selamat berjaya!
Sumber Mynewshub
Sy ada 5 anak. All girls...
ReplyDelete