Showing posts with label featured. Show all posts

10 Barang Penting Dalam Beg Solek

10 Barang Penting Dalam Beg Solek | Bagi wanita yang mementingkan solekan,tiada apa yang lebih sempurna,selain mempunyai peralatan lengkap dalam beg solekannya.Selain gincu dan pembayang mata pelbagai rona,tidak lengkap kiranya tiada peralatan lain untuk membentuk wajah lebih sempurna.
10 Barang Penting Dalam Beg Solek
Sumber:Google
Jadi bagi anda yang yang mahu mengemas kini beg solek ini adalah masa yang paling sesuai.Selain barang lama sudah lapuk itu boleh dibuang ada ruang untuk anda tambah koleksi baharu di dalam beg.Apa sekalipun yang ada di dalam beg,perkara yang paling penting ialah menjaga kebersihan setiap peralatan yang di gunakkan .Selepas mengguna peralatan,anda harus membersihkannya supaya kulit tidak rosak akibat mengunakkan barang kurang bersih.

Berikut antara 10 barang yang wajib ada di dalam beg solekan wanita.

1:Berus Bedak Asas
Kebanyakkan wanita senang untuk menyapu bedak asas mengunakkan jari.Selain ia menjimatkan masa,kesannya juga tampak rata.Bagaimanapun,pengunakkan berus khas untuk bedak asas akan memberi kemasan sempurna pada wajah.

2:Berus Penutup Noda
Berus yang terbentuk kecil ini sangat membantu menyempurnakan solekan.Sebagi contoh,penggunaan berus penutup noda bagi menutup kawasan gelap pada bawah mata akan memudahkan kerja dan menutupnya dengan baik.

3:Bronzer
Sebeb mengapa bronzer itu sangat penting dalam beg solekan ialah untuk mengemas kini solekan.Contohnya,anda perlu bertukar solekan pagi kepada malam untuk menghadiri majlis makan malam.Dengan pengunaan bronzer ia memudahkan lagi solekan dan memberi anda raut wajah lebih semula jadi.

4:Pelentik Bulu Mata
Alat ini sangat penting.Ia adalah taktik mudah untuk kelihatan lebih menarik.Bentuknya yang kecil memudahkan ia dibawah di dalam beg dan tidak makan banyak ruang.

5:Penyepit Kecil
Penting untuk kecemasan.Contohnya tiba-tiba ada uban yang mengganggu penampilan rambut anda atau kening perlu dikemaskan,penyepit kecil ini sangat berguna.Set penyepit ini jug a mudah didapati,jadi tidak menjadi masalah untuk simpan bagi kegunaan masa hadapan.

6:Maskara
Siapa yang tidak gemarkan sesuatu yang menyerlah.Lorekana maskara mampu mengubah penampilan wajah.Dengan sedikit sapuan maskara mata anda terus tempak menyerlah dan lebih menawan.

7:Bedak Asas
Penyelamat dalam pelbagai keadaan.Anda sudah mempunyai berus,justeru bedak asas juga perlu berada didalam beg yang sama.Sekiranya,warna kulit sudah tidak sekata atau wajah mula berminyak,sapukan saja bedak asas ini dan wajah anda kembali sempurna.

8:Pemerah Pipi
Penggunaan pemerah pipi sering menyerlahkan keayuaan wajah.Tambil lebih menarik dengan menambah pemerah pipi dalam solekan pasti si dia mudah tertawan.

9:Cermin
Solekan akan comot jika digunakan tanpa cermin.Ia juga penting untuk anda periksa penampilan anda pada bila bila masa sahaja.

10:Tisu Basah
Wanita dan tisu sukar dipisahkan.Selain mempu memadam solekan yang berlebihan ia juga berguna dalam pelbagai keadaan.Jadi simpan ruang untuknya !

Shopping Di Zalora

Shopping Di Zalora | Hai dreamers..Blog selalu sunyi je sejak kebelakangan ini.Hakikatnya Mimi selalu buka blog tapi nak tulis entry tu yang malas.*Alasan yang tak dapat diterima oleh akal dan fikiran* Mohon jangan kencam abam..Wkwkwkw..
By the way,Mimi memang gila bab beli bag tangan.Bila pergi shopping atau tengok barang online nampak bag cantik je mesti dalam hati *Wehhh cantik la.Aku nak* tapi selalu ingatkan diri untuk control nafsu berbelanja,sampai lah Mimi ternampak bag yang super cantik,awsome,dan memang style aku sangat.Nak tak terpaksa layankan kemahuan diri.Kikikiki

Jenama kesukaan Mimi bila beli bag adalah AR by Alfio Raldo.Bagi Mimi jenama ni bukan je unik tapi design dia semua lawa-lawa dan harga pun boleh tahan murah juga.Kalau keorang nak beli bag yang comel-comel boleh la usha bag jenama AR.Konferm keorang puas hati.Ahakkk..
Mimi biasanya kalau beli bag selalu beli online je dan semestinya Mimi pilih Zalora.Zalora bukan je banyak sale tapi boleh C0D (Cash On Delivery).Setelah puas tengok-tengok kat Zalora akhirnya Mimi pilih handbag ni.Bag ni tak besar dan tak kecil tapi boleh la sumbat macam-macam *Kikikiki*.Warna cantik,design yang comel.
Shopping Di Zalora
Adoiii..Mak jemah pegang bag meman macam tu ke?Ehekkk..Mimi ambil gambar ni masa nak pergi kerja.Wkwkwkw
Shopping Di Zalora
Belakang bag rupa dia macam ni.Simple je..
Shopping Di Zalora
Dalam ada banyak poket.Boleh letak macam-macam harta benda yang berharga.
Shopping Di Zalora
Depan macam ni.Cantik kan ?
Shopping Di Zalora
Ada tali panjang.Nak kelihatan macam Kim Kardashian boleh pegang macam biasa tapi nak kelihatan macam Mimi sila pakai tali panjang.Wkwkwkwkw
Tapi yang buat Mimi kecewa masa beli bag ni barang lambat sampai.Mimi order hari isnin dan seminggu lepas tu baru dapat.Mungkin sebab Mimi buat COD tu yang lambat kot.Wkwkwkw..Apapun,Mimi suka shopping kat Zalora sebab boleh COD. *Mehmehmeh*

Oke bye !Nanti jumpa lagiiiii.

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut

Tips:10 Cara Elak Kulit Berkedut | Ramai wanita inginkan kulit yang cantik dan sihat namun mereka tidak tahu adakalanya aktiviti yang dilakukan setiap hari boleh menyumbang kepada masalah kulit.Selain memperoleh makanan seimbang,kulit harus di jaga dengan melakukan rutin harian penjagaan seperti membersih,menyegar dan melembap.Tidak kira sama ada anda mengunakkan produk perawatan wajah berjenama atau sebaliknya,ketiga-tiga langkah ini harus dilakukan setiap hari pagi dan malam.

Selain penjagaan luaran,seperti kata pepatah hati yang bersih akan memancarkan aura keceriaan,begitu juga dengan kulit.Apabila anda tiada masalah,sentiasa tersenyum dan kurangkan tertekan agar kulit kurang mengendur,tidak berkedut dan tampak muda daripada usia.



Jadi bagaimana cara nak elak kulit berkedut ?


Minum banyak air
Tetapi bukan air gas atau berperisa kopi dan teh tetapi air suam atau mineral.Minum banyak air kosong dapat membantu membuang toksin dalam badan,menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.


Bersenam
Bersenam baik untuk kesihatan dan juga kerohanian.Berjalan di sekitar rumah adalah satu bentuk senaman yang mudah.Jangan malas bersenam.Selepas bangun tidur,cuba lakukan sedikit senaman rengangan untuk melancarkan peredaran darah.


Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan menjejaskan kesihatan.Ada wanita beranggapan merokok boleh merosakkan badan?Sebenarnya tidak,apabila merokok dan wanita terkena panyakit,maka badan pesakit akan kurus.


Tidur tidak cukup
Waktu malam adalah masa terbaik untuk tidur.Tidak cukup tidur akan membuatkan anda kelihatan tua daripada usia sebenar.


Elak bermekap
Pada waktu tertentu,benarkan kulit anda berehat daripada memakai sebarang mekap.Kulit juga perlu bernafas !Jangan biarkan sisa mekap melekat pada muka ketika tidur.


Makanan
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan.Jangan kerana ingin kurus anda rela berlapar setiap hari.Cara baik,makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Makan makanan mengikut piramid makanan.Pastikan semua menu sihat disediakan.


Lakukan Rawatan Wajah
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat rawatan kulit,mencuci rambut fi salun,melakukan sauna dan spa atau menikmati mandian buih di rumah.Anda boleh melakukan sendiri.Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan mandi.Bunga dikatakan mempunyai tenaga tersendiri untuk mencantikkan tubug badan.


Elak Tekanan
Tekanan mempercepatkan proses penuaan.Nikmatilah muzik lembut di bilik tidur bagi meredakan ketegangan.


Anggap Diri Hebat
Anggap diri sentiasa hebat dan cantik.Ramai pakar psikologi berpendapat apabila seseorang itu yakin dengan diri sendiri penampilannya akan menyerlah.


Ketawa
Ketawa penawar duka.Sentiasa senyum kerana senyuman adalah terapi paling mudah dan berkesan menghalang proses penuaan.

Pengalaman Test JPJ 2016

Pengalaman Test JPJ 2016 |Mimi start training 28/2 dan masa Mimi training setiap hari 2 jam dari pukul 10am sampai 12pm.Panas mak jemahhhhh.Tangan mimi burn teruk-teruk cuma kulit yang tersorok dengan jam tangan je putih.Ahahahaha.Mimi di ajar oleh cikgu Marimuthu.Sepanjang belajar dengan Cikgu Marimuthu selalu juga la kena marah tapi tetap sabarkan hati.Nak pandai bukan senang.Lagipun dia marah sebab nak kita cepat pandai kan.Kikiki.Mimi training memandu 9 hari je.Last training hari khamis dan hari jumaat ada test JPJ,ingatkan nak test JPJ pada hari jumaat tu tapi di sebabkan nak balik sabah dan Mimi perlukan duit terpaksa Mimi ambil selepas balik dari sabah.Mimi baru belajar 8 hari je dan 1 lagi tu Mimi saja tak nak ambil sebab Mimi nak training dulu sehari sebelum test JPJ.Test JPJ pun kena booking 2 minggu .Sebelum Mimi balik sabah Mimi p booking untuk test JPJ dulu tapi Mimi tak bayar lagi.Mimi cakap kat orang tu akan bayar selepas balik dari sabah.Mimi balik kat penang pun dah hujung bulan jadi gaji pun dah masuk ada la duit buat bayar untuk test JPJ.Ehekkk..Balik sabah 2 minggu  3k sekelip mata je habis bahkan tak cukup wehhhhh..Apesal laaaaaaa.Barang kat sabah mahal sangat.Milo ais 1 cawan pun rm3.Gila !


Hari yang ditunggu telah pun tiba.8/4 Mimi test JPJ,balik je kerja 8am balik rumah tukar baju dan terus datang kat BERJAYA tu.Sampai sana p sign entah apa benda terus masuk bilik kuliah,dah la masuk bilik pun salah.Erhhh..boleh pulak Mimi masuk bilik khas untuk lesen Moto je.Tak mula lagi dah mamai...Aahaha.Terpaksa pindah bilik lagi.Huhu.Dalam bilik kuliah tu kena dengar ketua JPJ tu bercakap bla..bla..bla..Ketua JPJ tu pun nampak ok la..Macam ramah je.Mimi cakap dalam hati "harap-harap dia yang test aku nanti kat jalan raya".Amboiii..Bijak sungguh otak ni.Krikkrik.Selesai dengar dia berceramah terus kami semua tunggu kat luar.Huhuhu..Sampai luar kena duduk diam-diam.Tunggu no kena panggil Mimi dapat no 18.Pertama sekali kena buat RPK (Rutin pemeriksaan kendaraan).Masa RPK tu entah macam mana semuanya Mimi lupa..Hahahaha..Nasib baik JPJ yang jaga bahagian RPK tu macam buat tak tau je.Kita cakap pun macam cakap sendiri-sendiri je.Hahahaha.Part RPK tu je Mimi rasa lawak.Kikiki..Boleh pulak kat bonet belakang tu papan tanda amaran tu Mimi cakap "Tayar depan ok"Adoiiii..Tapi mungkin sebab JPJ tu dok jauh dia tak dengaq.Dah siap tu Mimi cakap kat JPJ tu "dah siap" terus JPJ tu cakap "Ok..p dok sana.Sat g nak test kat jalan raya dah" Mimi pun duduk kat kerusi sambil tunggu kena panggil.

Test kat jalan raya semua 5 biji kereta,4 tu viva dan 1 lagi kanciL.Oh yaaa..Sepanjang Mimi training Mimi tak pernah bawa Viva.Masa tu la jantung macam nak jatuh je.Lagi nak dekat turn Mimi lagi la kuat jantung ni berdegup.Hahaha..Lagi ada 3 orang tu baru la sampai turn Mimi pastu bila dah sampai turn Mimi tiba-tiba yang test Mimi kat jalan raya ketua JPJ tu pulak dan dia pakai kancil.Lega sikit jantung ni.Kikiki.Sebelum nak jalan tu kena buat RSM (Rutin sebelum memandu) dulu dan Mimi hampir lupa nak pakai tali pingang,nasib baik JPJ tu ingatkan.Kah !Dalam perjalanan tu adoiii banyak sangat orang tu tanya"Ingatkn awak orang cina", " awak sabah kat mana", "saya nak kawan dengan awak"," awak kerja mana"Dah la semua soalan yang dia tanya soalan peribadi.Ishhhh!.Dalam hati "dia nak nak tengok aku memandu atau nak ajak aku sembang"?Dia tanya Mimi jawab je sampai dah salah-salah Mimi bawak kereta.Enjin MATI sekali,lepastu dah berhenti lupa tukar gear 1,pastu tak berhenti kat garisan yang sepatutnya.Arhhh..Mimi betul-betul hilang fokus sebab orang tu asyik bawak sembang je.Hampir Mimi cakap "Kalau aku gagal aku tak tak maafkan kau..Hahahaha" tapi tak tercakap sebab takut dia bagi gagal betul-betul,nayaaa aku nanti..Sampai je kat pondok terus dia bagi borang kat Mimi dan Mimi tengok borang tu Mimi dapat 64/80.Sebelum keluar kereta orang tu sempat pesan "Nanti buat betul-betul ye".Mungkin dia tengok markah Mimi kurang kot.Hehehe

Jalan raya dah siap tinggal kat litar je.Kat litar Mimi tak yakin bahagian parking tapi ramai yang cakap tak yakin bahagian bukit.Perhhh!!Tapi memang betul la banyak orang tak lepas bahagian bukit.Fuhh!!Nebes laaaaaaa..Turn Mimi dah,percubaan pertama Mimi bawa laju sangat sebab kaki bergetar wehhh.Tayar keluar garisan kuning dan JPJ yang jaga tu cakap "no 18 turun dan cuba sekali lagi",Mimi pun undur dan Mimi tarik nafas dalam-dalam sambil bertenang.Ehhh tak sangkah pulak percubaan kedua tayar ngam-ngam kat garisan kuning.Erhhh..Legaaa..Bahagian bukit kalau tak sampai atau terlebih garisan kuning kita ada peluang mencuba sekali lagi tapi pastikan tak angkat tangan lagi.Tapi kalau dah angkat tangan pastu tayar kereta kat luar garisan atau lebih garisan kuning dah dikira GAGAL.Lepas bukit terus p kat Z,Parking,3 Penjuru dan S semuanya Lulus.Dah siap semua p ambil borang dan JPJ yang jaga bahagian parking tu JPJ yang test Mimi juga kat jalan tadi.Dia siap perli Mimi "Erhh..dapat 70/70 la..Tahniah..Awak Lulus".Mimi ambil je borang tu sambil senyum kambing.Sebelum balik tu Mimi jumpa lagi Cikgu Marimuthu sebab nak cakap terima kasih kat dia dan yesss dah dapat lesen P.Tapi lagi 2 minggu baru siap.