Peniaga Online Berkemungkinan Akan Dikenakan Cukai Mulai 2017 | Kementerian Kawangan Malaysia ( MOF ) berkemungkinan akan mengenakan cukai ke atas perniagaan online bermula 2017,sejajar dengan kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini.
Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan
Serigar Abdullah berkata MOF sudah mengarahkan pihak Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu.
Malah, katanya, LHDN yang menubuhkan Bahagian Perniagaan dan
Perdagangan Dalam Talian, turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) bagi tujuan itu.
“Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai.
“Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang
kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih
kepada ekonomi digital,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan
ucaptama di Forum Sektor Awam – Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan
Ekonomi Asia, di sini, hari ini.
Irwan berkata pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan SSM.
“Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang diperoleh,” katanya.
Menurutnya, kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
menunjukkan pendapatan pemandu teksi/kenderaan perkhidmatan Uber dan
Grab boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh
dikenakan cukai.
Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000.
Sumber :Free Malaysia Today
Entahhhh laaaaa..Kerajaan tahu kira rugi dieorang je.Tak tau pulak fikir tentang beban yang rakyat tanggung.Fuhhhh!
jadi macam mana pula dengan mereka yang cuma sebagai dropshipper? kena juga ka?
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM.
ReplyDeleteSEGMEN JEMPUTAN
http://jmbelog.blogspot.my/2016/05/segmen-jom-singgah-jmbelog-jemputan-on.html
sedeyh la... muja dropshipper je.. harap2 tak kena..
ReplyDelete