Hai Dreamers..
Alahai..Night syift pulak..Hurmmmm..Malas sebenarnya aku nak kerja malam.Tapi terpaksa kerana ini dah memang kerja aku.Aku sedih juga kalau aku kerja syift malam tapi nak buat macam mana.Kadang aku nak je berhenti kerja kat sini tapi aku tak aku nak kerja apa lepas ini.Ikutkan hati aku memang teringin nak kerja kat butik pengantin atau butik pakaian.Kalau ada siapa2 nak carik pekerja untuk butik pengantin or pakaian ambik aku kerja ye tapi kawasan penang je la..ehekkkkkk..Adoiiii..Buat2 sedih pulak aku ni..hahahaha..
Ish..ishhh..Gedik!!K tak mau gedik2..Sebenarnya kan aku memang betul-betul sedih.Kenapa ?Macam ni..Kemarin kan kebetulan aku cuti dan Mr H juga cuti so kami decide nak g rumah Tok Mak kat kedah sebab ayah Mr H cakap Tok asyik dok tanya pasai aku.Kesian pulak kan..
Sampai je rumah Tok,Tok dah senyum2..Suk la tu.Ahakzzzz..Tak Mak Mr H ni dah berusia sangat tapi tetap kuat.Apa rashianya aku pun tak tau.Dulu,masa mula2 ikut Mr H g rumah tok dia takut jugak la sampai nak terkencing lebih2 lagi bila Mr H bagitau aku yang dulu abang sepupu Mr H pun bawak awek dia yang orang indon tu g jumpa Tok dia,tapi Mr H cakap Tok dia tak suka.Bila Mr H dah cakap macam tu aku pun dah takut.Ye la..Awek abang sepupu dia yang dah beragama islam Tok dia tak suka ape lagi aku yang bukan islam.Maunya aku kena halau..Hurmmm..
Adoiiii..Banyak cakap pulak aku ni.*Tsssk*..Dah sembang2 banyak sedar tak sedar dah pukul 6 petang dan itu bererti kami harus balik sebab nak g joging lagi..Ehekkk..Masa nak salam tangan tu tiba-tiba Tok bisik kat aku "Bila lagi.Jangan lama-lama.Nanti Tok tak sempat tengok"..Alahaiii..Sebak siot.. Aku pun dah tak tau nak jawab ape kecuali " Erhhh..nanti2 la Tok Mak..Tahun depan ke ?"..Dah cakap macam tu baru aku sedar apa yang aku cakap "Whatt!!Tahun depan..Kau ne nak carik mati mimi..Hahaha.."..Ishhhh..
Tu la kan.Bak kata orang berfikir sebelum bercakap.Jangan cakap jika tak mampu tunaikannya..Tapi aku harap sangat aku mampu tunaikan apa yang aku cakap kat Tok..Doakan aku ye.. *Peach *
InshaAllah . kalau betul2 dah yakin , niat dah ada. sampai la masanya. semoga Allah permudahkan semuanya. Ain doakn ^^
ReplyDeleteMoga dipermudahkan...
ReplyDeleteIn Syaa Allah, segalanya akan dipermudahkan :)
ReplyDeleteplease cepat ok. kite nak rasa nasi minyak awak ni. hehehe ^^
ReplyDelete