3 KASUT YANG ANDA HARUS DAPATKAN DARIPADA TOPSHOP

2/05/2016 09:47:00 AM

3 KASUT YANG ANDA HARUS DAPATKAN DARIPADA TOPSHOP | Kasut dan wanita sememangnya tidak boleh dipisahkan dan jangan pelik jika seorang wanita pastinya mempunyai lebih daripada sepasang kasut di rumah mereka. Berbeza dengan kaum lelaki, wanita biasanya memakai kasut yang berlainan bagi acara-acara yang tertentu. Misalnya, untuk menghadiri majlis istimewa seperti undangan perkahwinan, kaum wanita akan memakai high heels atau wedges untuk kelihatan lebih menyerlah dan memilih untuk memakai sandals di hujung minggu apabila keluar membeli-belah.
Namun, ini bukan bermakna kaum wanita harus berbelanja lebih untuk memenuhi kehendak berfesyen tetapi bijak memilih koleksi kasut murah yang juga boleh digayakan oleh mereka.
Bagi Mimi sendiri TOPSHOP adalah merupakan jenama pilihan kerana TOPSHOP merupakan  sebuah jenama antarabangsa yang cukup terkenal. Ianya juga dikenali sebagai ‘the global trendsetter’ dalam industry fesyen dunia. Malah ada yang mengganggap butik TOPSHOP merupakan sebuah destinasi yang terbaik yang memberikan the best of British style. Dikenali dengan cukup meluas sebagai sebuah jenama terkemuka yang sangat dinamik, TOPSHOP muncul sebagai jenama yang mengungguli carta dan menghasilkan antara stail paling menarik serta trend baru yang sangat segar. Tambahan pula,harga yang ditawarkan sangat sesuai dengan kualiti yang dihasilkan.
Jenama TOPSHOP Malaysia juga merupakan sebahagian daripada fenomena global yang telah menakluk pentas fesyen antarabangsa dengan koleksi fesyen yang cukup indah untuk wanita urban. Sehingga kini, jenama daripada Britain ini masih kekal popular untuk terus mendominasi dunia fesyen antarabangsa serta Malaysia dengan pengaruh yang cukup besar dalam kalangan fashionista di negara ini.
Dianggap sebagai ‘specialist’ dalam menghasilkan barangan fesyen yang bermutu tinggi seperti pakaian, kasut dan aksesori, TOPSHOP telah menjadi antara jenama yang wajib ada dalam setiap almari pakaian para gadis muda di Malaysia. Kejayaan jenama ini selama ini adalah terletak kepada visi syarikat itu sendiri. TOPSHOP sentiasa tahu apakah yang terbaik untuk para pelanggannya dan ia membawa sentuhan yang ‘edgy’ ke atas gaya ‘rock chic’ yang glamor. Koleksi terbaru TOPSHOP mengetengahkan stail gaya jalanan telah muncul sebagai antara koleksi pakaian wanita terkini yang cukup popular.
Ada  beberapa jenis kasut yang menawan kat hati Mimi tetapi  3 jenis kasut TOPSHOP online yang paling popular musim ini yang sangat cantik dan keorang juga  harus dapatkan untuk menyempurnakan koleksi  di rumah!

Kasut sandals ‘tie-up’ ini menampilkan gaya kontemporari dengan dramatic strappy silhouette serta gabungan permukaan seperti kulit ular.





Menggayakan platform sandals TOPSHOP ini adalah cukup mudah kerana they are perfect for day to night look dan memberikan gaya glamor ke atas penampilan anda in an instant!



Tampil dengan gaya manis dan feminine bersama tassel slipper shoes TOPSHOP ini yang mempunyai snake-effect surface.

Haaaa..Macam mana ?Cantik tak ?Mesti rambang mata kan.Mimi sendiri pun biasanya lebih gila terhadap kasut daripada baju,seluar,tas angan atau aksesori.Tapi ingat,berbelanja mengikut kempampuan !

You Might Also Like

2 Motivation

  1. berkenan tengok kasut flat tu.. :)

    ReplyDelete
  2. kak ekin masa dapat voucer zalora terus dapatkan kasut dan sandal hihihi

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story