Housemate / Rakan Serumah

4/29/2015 12:56:00 PM



Ok!!Bila sebut je pasal housemate pasti ada di antara kita yang  memiliki 1001 macam cerita tentang housemate.Kadang rakan serumah kita ada yang peramah,pendiam,ada yang suka mengemas,ada yang pemalas,ada yang suka cakap belakang,dan macam-macam lagi lagi la.

Bagi aku banyak baik buruk bila serumah dengan orang lain atau kawan-kawan.Seperti aku.Aku sudah 4 kali tinggal serumah dengan berlainan orang,dan macam-macam karenah.Adoiii..penat layan.

Masa aku mula-mula berhijrah ke penang aku tinggal dengan kak dan adik sepupu aku.Mula tu memang la seronok tapi lama kelamaan taring makin kelihatan.Kak sepupu aku seorang yang pemalas.Semua kerja aku yang buat termasuk masak,cuci baju,iron baju dan macam-macam lagi la.Adik sepupu aku pulak suka buat hal sendiri dah tu pulak suka buruk2 kak sepupu aku di tempat kerja.Fuhhh!!Memang mencabar tinggal serumah dengan makhluk yang perangai entah apa-apa.

Housmate kedua pulak aku pun tak tau macam mana aku kenal orang tu.Haha..boleh pulak macam tu kn.Cheyyyy.Seronok jugak tinggal dengan dia tapi tu la bila ade benda yang tak kena di mata dia mula la membebel.Aku pulak diam je.Yess..aku seorang yang tidak suka ambil tahu hal orang.Bagi aku,biarkan aku dengan duniaku sendiri.Kau nak terjungkir terbalik ke ape ke terserah.Ada aku kesah.

Housemate ketiga ne la yang paling seronok.Dia la kawan baik aku.Aku dan dia sekepala.Apa yang aku buat masuk dengan dia dan apa yang dia buat masuk dengan aku.Kalau dia sedih ke aku jadi penaman dia,kalau aku sedih dia jadi penaman aku.Makan?klu aku tak ada duit dia yang belanja aku makan dan kalau dia yang tak ada duit aku pulak yang belanja tapi kalau keduanya tak ada duit kami makan meggi sama-sama..Haha..Tapi,disebabkan dia nak sambung belajar kami berdua terpaksa berpisah.Kadang dia ada jugak datang tempat aku.

Housemate keempat,Dia rakan sekerjaku.Aku dan dia sekepala jugak tapi tu je la yg aku tak berapa suka kat dia.Dia suka cakap besar,suka mengata orang dan sombong sikit.Contoh,baru2 ne aku balik sabah tapi aku tak cukup duit,aku pinjam la dengan dia rm300.Ingatkan tak ade la orang tahu tapi tengok2 kawan sekerja yang lain tau.Hurmmmm.Dia pandai mengadu kat orang pasal aku berhutang kat dia tapi hutang dia yg dah beribu2 tu tertunggak selama bertahun2 tak reti pulak bayar.Aku pun kadang-kadang terasa hati jugak dengan dia tapi nak buat macam mana.Kalau aku tinggal seorang tak berani plus tak mampu aku bayar sewa rumah.Hahaha..

You Might Also Like

3 Motivation

  1. Mcm2 ragam... Buat bertambah wrna warni kehidupan..

    ReplyDelete
  2. kite punya housemate serupa tak payah ade housemate. ada mulut tapi berat mulut nak bercakap. Haishh mcm2 ragam kan

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story