6 Tahun Bekerja Dalam Bidang Perhotelan

Hai Dreamers..

Tanpa sedar rupanya dah 6 tahun aku bekerja dalam bidang perhotelan.Fuhhh!!Dari aku tak cukup umur lagi sampai la aku dah besaq kedabak.Hihi..Dahsyat..Masa mula2 masuk dalam bidang perhotelan aku baru nak habis umur 17 tahun dan sekarang aku dah 22 tahun 3 bulan..Alahaii..Rupanya aku membesar di sini je..Ahakzzzz.

Aku seronok bekerja dalam bidang perhotelan tapi tu la dapat bos yang kedekut dan pilih kasih memang makan hati la.Aku yang dah lama kerja kat sini gaji tak naik-naik.Orang lain dah naik..Alasannya,sebab aku buat kerja ada yang tak betul..hurmmm..Whatever la..Don't care.Janji gaji aku dibayar setiap bulan sudah la.

Selama beberapa tahun aku bekerja di bidang perhotelan banyak pengalaman dan kenangan yang aku dapat.Aku juga banyak belajar untuk sabar.Aku belajar bersabar untuk melayan macam2 karenah pelanggan yang kadang menyakitkan hati,kadang  berlagak,dan macam2 lagi la.Kadang aku terpaksa bayar bilik pelanggan yang lari la apa la..Adusss..Hujung bulan memang menangis tak berlagu la..Hikhik

Pegalaman pahit yang tidak pernah aku lupakan adalah bila ada seorang pelanggan tu meninggal dalam bilik..Fuhhhh!!Yang mampu aku lakukan hanya diam sebab takut la..Kiki..Tapi nasib baik masa tu aku kerja pagi dan aku tak takut sangat tapi bila sampai rumah aku ikut kawan aku tidur dalam bilik dia..hahaha.Terlalu banyak kenangan pahit yang aku lalui berbanding kenangan manis sepanjang kerja dalam bidang perhotelan.
Aku tak pernah terfikir pun aku akan kerja dalam bidan perhotelan tapi tu la akn.Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan.

3 comments

  1. Adik mimie kerja hotel ape?? Kut2 bleh minta discount.. Hihihi.. Jgn mrh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..xmrh pn..Kita pn sbgai staff x prnh dpt discount :-)

      Delete
  2. Uish, takutnya bila ada yang meninggal dalam bilik. Kerja di hotel nampak macam best, tapi bila dengar cerita daripada orang2 yang kerja di hotel, terus rasa nak lari jauh2. Hahaha. Apa2pun selamat bekerja kak! XD

    ReplyDelete