BIL AIR NAIK MELAMBUNG ?

Hai Dreamers..

Apa kabar semua ?Sihat ke ?Masih dalam mood beraya ke ?Haha.Aku sebelum raya dan selepas raya masih sama,iaitu dalam mood bekerja.Sadisssss..Orang cuti aku kerja pulak tapi tak apa la.Banyak jugak gaji aku.Kahkah..Seperti kata manager aku "Kau stella,ada hutang unpaid leave 5 hari lagi.So,kena rajin kerja lor"..Ok fine..Lalala..
Bil air naik mendadak
Bil Air Untuk Bulan 2 & 3
Adoii..Cakap banyak pulak aku ni.Lets back to the topic.Sebenarnya aku agak kesal bila tengok bil air rumah sewa aku.Aku pun tak tau kenapa setiap kali aku pindah rumah sewa air selalu jadi masalah.Rumah sewa yang dulu mula-mula stay ok je lama-Lama bil air aku naik melambung weh sebab ada paip yang bocor.Bayangkan bil air sahaja sampai 200++ sedangkan aku hanya tingal bertiga dengan housemate aku.Bila p tanya kat pejabat air depa kata ada air paip bocor la.Ok la..aku percaya sebab memamg ada air paip yang bocor.Aku suruh tuan rumah g repair tuan rumah tu pulak kata kami yang kena tanggung semua perbelanjaan untuk repair paip yang rosak.Cehhh..bukan kami yang rosakkn tapi di suruh tanggung pulak.Tak mau..Last2 aku dan housemate ambik keputusan untuk pindah rumah.Arhhhh..Puas hati aku.
Bil Air mahal
Bil Air Bulan 4 & 5
Tapi aku ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Cehhhhh..Aku ingat selepas kami pindah rumah tak ada la lagi maslah tapi tak sampai 2 tahun kami pindah ke rumah sewa masalah air lagi muncul.Letih wehhhh..Bulan 3 bil air datang baru rm58.30.Bil bulan 5 naik mendadak ke rm300.Aku ingatkan mungkin depa salah tolak ke ape ke jadi aku tak p bayar.Aku cakap kat housemate aku tunggu bil yang seterusnya.Pagi kemarin bil baru datang aku rasa mata aku juling terus tengok bil.Rm644 ?What ?Aku tinggal dengan housemate hanya berlima awat mahal sangat ?Kat rumah pun air di pakai untuk mandi je.Basuh baju semuanya hantaq kat tempat kerja.Selalunya untuk 2 bulan paling mahal pn 60 kebawah.Emmmm..kenapa mahal sangat ?Aku perasaan benda ini terjadi bila depa tukar bil baru.
Bil air naik harga
Bil Air Bulan 6 & 7
Pagi tadi aku decide g pejabat depa tanya dan jawapan yang aku dapat "Mungkin ada air yang bocor.Nanti saya akan suruh orang p tengok dan sekiranya ada kebocoran awak kena buat sendiri".Ok fine..kita tunggu dan lihat je.Sedihnya lahai bila tengok bil air naik memdadak.Dah la gaji pun tak berapa nak banyak.Adakah ini tanda-tanda aku harus pindah rumah baru lagi ?Hahaha

1 comment

  1. hadoi ... tensen tu klu saya yg kena . banyak amat ...

    ReplyDelete