SEBUAH KEHIDUPAN

7/10/2015 11:47:00 AM

Hai Dreamers..


KEHIDUPAN,segalahnya bersifat semantara.Jika ianya berjalan dengan baik maka nikmatilah selagi mampu.Jika ianya berjalan dengan penuh kesulitan,usah risau kerana semuanya hanya bersifat tidak kekal.

Hidup tak selalu indah.Namun tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan,dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan..untuk mengecapi kebahagiaan perlu ada pengorbanan, setiap kesenangan akan ada bayaran..seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan, dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian.. hanya iman yang mampu membuatkan kita redha dgn segala ketentuan.. biarpun hujan dalam hati. pasti ada PELANGI yg menanti :)

Hidup,terlalu banyak halangan yang ditempuhi untuk menuju ke arah hidup yang lebih baik.Hidup ibarat layang-layang.Layang-layang bebas terbang di udara mengikut arah yang disukainya.
Namun, walaupun ia kelihatan bebas, ia tidak boleh pergi terlalu jauh kerana dikawal oleh si pemain layang-layang yang mengikat benangnya pada pemegang.
Hal ini menyebabkan layang-layang bebas mengikut hembusan angin yang dikawal oleh benang yang diikat.
Tapi, apabila benang layang-layang terputus, ia bebas ke mana-mana hatta tempat yang jauh yang ingin dituju kerana tidak ada lagi yang mengikat dan mengawalnya.Akhirnya, ia akan tersungkur jatuh ke tanah ataupun tersangkut pada mana-mana dahan Pokok.Begitulah kehidupan manusia.Manusia bebas menjalani kehidupan di dunia ini sama ada nak beribadah, berhibur, bersosial, bermain,dan sebagainya.

Hidup kita tidak selalu indah dan manis. Adakalanya kita bahagia, gembira, suka. Tetapi adakalanya kita sedih, derita dan duka.Namun semua yang kita lalui adalah merupakan kenangan yang terindah. Biarpun kenangan itu pahit ataupun manis kita terpaksa harungi jua.Kadang manusia bermula dari masa lampau yang perit untuk bangun dan berjaya.Kadang kegagalan dan kekecewaan merupakan dorongan yang kuat.Kegagalan yang membuatkan kita berusaha untuk mencapai kejayaan.Bak kata pepatah " Di Mana ada Kemahuan, Di Situ ada Jalan".Tanpa Dugaan & Cabaran ia Bukan Dinamakan Sebuah Kehidupan...

You Might Also Like

0 Motivation

Advertise

Mimi Story