REVIEW HOTEL | FANTASTIC MOTEL AND CAFE

REVIEW HOTEL | FANTASTIC MOTEL AND CAFE|Hai dreamers.Mimi baru je balik dari langkawi kemarin dan ini kali kedua Mimi ke langkawi.Bulan lepas Mimi pergi dengan kawan seorang dan kali kedua Mimi pergi dengan kawan lagi seorang dan kakak.
Kali pertama pergi Mimi stay kat Sandy Beach Resort.So Far,hotel ni ok,harga pun ok juga tapi Mimi tak berapa suka dengan hotel ni adalah tentang kebersihan.Mimi duduk kat hotel ni 2 malam dan Mimi ada suruh bersihkan bilik.Yaa..Pekerja memang ada bersihkan tapi cuma tukar cadar saja dan kemaskan tempat tidur kami.Lantai tak sapu,tak mop,tingkap kotor..Erhhh..Then yang paling teruk dalam toilet tak ada fan then tingkap tak boleh buka.Siapa yang merokok tu Mimi tak sarankan keorang sewa hotel ini.
Kali kedua malam pertama Mimi cari hotel kat agoda je dan bajet kami untuk hotel 1 malam hanya rm150 untuk 3 orang.Cari kat agoda rata-rata price semua 200 ke atas sebab banyak bilik dah penuh.Yang murah pun semua jauh dari pantai dan tak mungkin nak ambil sebab kamai langsung tak ada kendraan.Dah puas mencari akhirnya Mimi ambil keputusan  untuk ambil  hotel Fantastic Motel And Cafe.Baca review rata-rata yang cakap hotel ni ok dan berbaloi.Booking untuk 3 orang tapi entah tiba-tiba terbooking untuk 4 orang.Erhhh!!Price Rm173 kalau tak silap.
hotel di langkawi
Bila sampai langkawi terus carik hotel ni,dah jumpa tapi yang peliknya tak ada kaunter pun.Kawan Mimi yang cakap mungkin penipu je kot.Mimi tak puas hati Mimi terus call no hotel tu.Rupanya no tu no bos dia kot dan bos dia tu cakap "sekarang i ada kat kl.Kejap lagi i hantar no pekerja i dan dan u cuba call" Mimi ok kan je.Tak lama daripada tu bos dia pun hantar no pekrja dia yang bernama nadia sebab katanya maybe orang tu ada dalam bilik tengah bersihkan bilik.Mimi cuba la call no tu tapi tak berjawab.Tak ada pilihan lain terpaksa juga tanya lagi lelaki yang kami jumpa kat hotel tu.Mimi tanya "kaunter mana" lelaki tu cakap "kaunter tak ada" then mimi terus jalan bila lelaki tu cakap kaunter tak ada.Masing-masing dah penat rest la kejap kat kedai sebelah hotel tu.Dah lama tunggu Mimi sekali lagi pergi tanya kat lelaki tu.Mimi cakap kat dia "betul ke tak ada kaunter sebab kami dah booking bilik dan dah bayar" lelaki tu cakap "mana bukti.Kalau tak ada bukti saya tak bagi bilik".Mimi terus la bagi baca email yang Mimi dapat dari agoda dan tak lama daripada tu lelaki tu bagi kami kunci bilik.Tengah jalan nak naik ke atas tiba-tiba seorang lagi lelaki keluar dan lelaki tu tanya macam-macam tapi kami tak layan sebab dah takut sangat.Mimi ada juga dengar lelaki tu cakap "Dieorg ni orang apa,tak tau cakap ke,bisu ke?" tapi kami abaikan je.Tanya pun kurang ajar macam mana la kami nak jawab soalan dieor tu.ishhh..
Masuk bilik je,bilik tu ok cuma keadaan bilik tu macam dah lama tak ada orang masuk.Kawasan hotel tu pulak semak la.Erhhh..Tapi nak ke pantai memang dekat..
hotel di langkawi
REVIEW HOTEL | FANTASTIC MOTEL AND CAFE
Petang tu kami saja je jalan-jalan cari makan sambil tu boleh la carik hotel lain untuk esok tu.Dah penat jalan jalan akhirnya jumpa juga hotel yang harga pun berpatutan dan aku rasa selamat untuk diduduki.Nanti next entry Mimi akan review hotel ni ye.Ehekkk
Malam tu masa kami keluar untuk makan barulah Mimi tau yang kat bawah tadi tu adalah bar.Erghh!!Lagilah seram..Memang kami dok dalam hotel tu dah seram sejuk je.Entah pikiq apa masa awal-awal  turun tu tak beli makanan dan tiba-tiba kawan seorang tu lapaq pulak tengah malam tu.Nak turun untuk beli makan pun dah tak berani jadi terpaksa berlapaq sampai pagi.Ahahaha..Bagi Mimi kan hotel ni langsung tak sesuai untuk orang yang beragama islam lebih-lebih lagi bila semua perempuan dan penakut.
Bagi Mimi duit keorang memang tak berbaloi untuk hotel ni.Baik keorang cari hotel lain je.Kawasan yang semak,pekerja kurang ajar,tuala pun dah lusu.Kat internet memang nampak cantik tapi bila keorang masuk dalam indah kabar dari rupa !

4 comments

  1. uish....takutnya mimi...kalau macam tu baik miimi bagi review kat tempat mimi booking, supaya kes macam ni tak berlaku dekat pelanggan seterusnya...

    ReplyDelete
  2. kesiannya. saya pun selalu book melalui online utk cari hotel atau tmpt penginapan. tapi, better next time mimi tanya someone yg tahu tempat2 mcmtu. mklumat dri mulut org ada kebenaran berbanding online kan...huhu

    ReplyDelete
  3. Ada x contact no nadia tu? Kitaorg pon ada masalah yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..Mff lmbat..no nadia dah tak de...Cuba call no ni 0123202859..No no bos hotel tu..

      Delete