SINOPSIS TERSUKA TANPA SENGAJA (TONTON ONLINE FULL EPISOD )

12/08/2015 02:14:00 AM

Drama terbaru adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja nukilan Pena Kayu diangkat ke skrin TV oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Dibintangi oleh Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, dan Hafreez Adam. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Keoi Haji Khalid. Saksikan drama romantik komedi ini yang bakal ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD pada 7 Disember nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam.

JUDUL : TERSUKA TANPA SENGAJA
EPISOD : 16 episod


TARIKH / MASA : 7 Disember 2015 (Isnin-Khamis, 10.00 malam)

SIARAN :  Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)

NOVELIS: Pena Kayu

SKRIP: Wan Mahani binti Wan Hassan

PENGARAH : Keoi Haji Khalid
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd / Idea Kreatif
PELAKON : Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, Hafreez Adam, Yusri Saleh, Nor Azifah Abidin, Adik Mirza Adam, Natasha Elyzza, Kuza, Watie Sadali, Azri Iskandar, Ajeera Rosli, Faye Kusairi, Michael Ang
WATAK PELAKON
Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif 
Emma Maembong sebagai Farhah
Amyra Rosli sebagai Katrina
Hafreez Adam sebagai Doktor Armand
Natasha Elyzza sebagai Azrina
Kuza sebagai Datin Khalida
Watie Sadali sebagai Kak Naila
Azri Iskandar sebagai Dato Alias
Ajeera Rosli sebagai Linda
Faye Kusairi sebagai Mila


LAGU TEMA / OST TERSUKA TANPA SENGAJA

Tajuk : Cerita Kita

Penyanyi : Amar Baharin & Amyra Rosli

Video & Lirik : Link
SINOPSIS NOVEL TERSUKA TANPA SENGAJA
Kerana perselisihan pendapat dan merasakan dirinya disisihkan si ayah, Farhah meninggalkan rumah dan kekayaan untuk berdikari atas kaki sendiri. Ayahnya hanya mementingkan adik tirinya, Katrina tetapi si ibu tiri sentiasa mengambil tahu akan dirinya. Lebih menyakitkan hati apabila si ayah ingin menjodohkan dirinya dengan doktor yang menjaga ibu tirinya yang sedang sakit. Penolakan Farhah membuatkan si ayah mengatur rancangan untuk menjodohkan doktor tersebut dengan Katrina tetapi dipandang sepi Katrina.
Pertemuan pertama dengan Syed Arif bukanlah sebaik mana kerana mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Arif, Arif meminta Farhah untuk berlakon menjadi kekasihnya dan akhirnya Arif melamar Farhah atas permintaan si ibu. Asalnya Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam, Hakim. Kerana marah, ayahnya menolak menjadi walinya dan Farhah berkahwin dengan Arif tidak berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing. Dugaan melanda, Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Arif. Namun hati Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 
Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah. Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah. Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed Arif menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya. Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Armand (kawan Ariff) menegur kesalahannya. Akhirnya Katrina memahami dan terjalinlah kisah antara dia dan Armand. Akhirnya mereka semua hidup berbahagia.

TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 1
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 2
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 3
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 4
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 5
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 6
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 7
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 8
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 9
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 10
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 11
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 12
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 13
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 14
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 15
TERSUKA TANPA SENGAJA-EPISOD 16

Selamat menonton..

You Might Also Like

2 Motivation

Advertise

Mimi Story