SELAMAT TINGGAL 2015 !

12/31/2015 07:53:00 PM

SELAMAT TINGGAL 2015  | Hai dreamers.Waktu terus berlalu,Detik berganti jam berganti hari berganti bulan dan selama 12 bulan berganti tahun.Lembaran demi lembaran telah dilalui.Coretan demi coretan telah memenuhi.Kadang tak bererti,kadang hanya sedikit  makna,kadang sama sekali tak bermakna.Semoga tahun baru ini setiap lembaran memilik makna.
Tinggal beberapa jam je lagi dah masuk tahun baru dah.Terlalu cepat masa berlalu sampai azam pada 2015 pun belum tertunai lagi.Tapi,tahun baru tidak bermakna azam kita sebelum ni terkubur macam tu je kan.Selagi masih bernyawa selagi tu la azam tu boleh di teruskan.Mungkin tahun sebelumnya kita tak mampu nak tunaikan azam kita tapi siapa tahu tahun ni pasti boleh.Yang penting usaha.

Banyak peristiwa pahit dan manis sepanjang tahun ini.Penat,ketawa,menangis,dan jatuh tersungkur telah Mimi rasakan.Namun,cuba dikuatkan hati ini untuk terus bangun dan melangkah ke hadapan walau apa pun cubaan yang mendatang.

Untuk tahun 2016 ni tak ada apa yang Mimi harapkan.Mimi hanya berharap agar mama sembuh seperti sediakala dan Mimi berkesempatan untuk bahagiakan Mama.Bila mama dah sembuh boleh la Mimi laksanakan satu-satunya impian Mimi sejak beberapa tahun lepas.Semoga semuanya dipermudahkan.Amin.

Akhir kata Mimi nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2016.Semoga kita semua akan jadi yang lebih baik dari sebelumnya.Masa lalu adalah kenangan,hari ini adalah goresan,hari esok adalah harapan.Selamat tinggal kenangan selamat datang harapan.




You Might Also Like

3 Motivation

  1. selamat tahun baharu 2016 mimi...moga terus mengorak langkah menuju kejayaan ya..

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru 2016 :) be happy and stay strong!

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story