SINOPSIS DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER

SINOPSIS DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER | Cinta Si Wedding Planner yang diadaptasi daripada novel nukilan Dhiyana terbitan Karya Seni ini turut dilakonkan oleh Fadlan Hazim,Shikin Kamal,Shima Anuar,Rosnah Johari,Dian P.Ramlee,Wan sharmila,Idris Md.Diah dan ramai lagi.Drama 28 episod ini hasil terbitan Primeworks Studio,diarahkan oleh Along Kamaluddin manakalah skrip di tulis oleh Mufid Suhaimi.Drama ini adalah hasil adaptasi daripada novel.
SINOPSIS DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER
SINOPSIS DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER
Izara Batrisya  (Zara),si wedding planner ,tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya,Bazli selama  4 tahun musnah kerana sebuah hakikat dalam hati Zara ketika itu,hanya ada Bazli,sepupunya sendiri.Walau terkadang Zara sering tertanya perasaan dihatinya itu benar-benar cinta atau hanya kasihkan Bazli sebagai seorang abang.Namun sememangnya jodoh bukan milik mereka.Satu hakikat yang selama ini dirashiakan oleh Mak Lang dan Pak Lang memudarkan di hati Zara.
Pertemuan fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir kereta telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz .Fariz Adryan ( Fariz ),bekas tentera laut pernah dicurangi shirah,kekasih yang hampir menjadi tunangnya,sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.Kerana itu jugalah Fariz sering bersikap ego dan tegas apabila berdepan dengan Zara.Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tidak disangka antara Zara dan Fariz .Pertemuan di kampung Zara secara kebetulan membuatkan ruang yang lebih untuk Fariz mengenali Zara.
Meski Fariz selalu mengejek dan menguji Zara,hanya lelaki itu yang membuatkan Zara melupakan Bazli.Dalam kerasnya hati lelaki itu,ada juga penyayangnya.Mereka saling mengenali dan berkhawin.Karakter Fariz yang panas baran telah berubah menjadi suami yang sangat baik dan begitu juga Zara yang menjadi isteri sempurna kepada Fariz.Sehinggalah,cinta pertama fariz,Shirah muncul kembali dan menyebabkan rumahtangganya berantakan.Zara yang kecewa dengan perubahan sikap Fariz,menuntut cerai dan membawa diri ke bumi Auckland.
Apakah tindakan Fariz dan musnahkah rumah tangga mereka ? Ikuti kesudahan drama lakonan Mira Filzah dan  Adi Putra yang pasti mencuit hati dalam Cinta Si Wedding Planner,setiap isnin hingga khamis ,jam 6.58 pm di TV3.                  

3 comments