5 Facts About Me
1:Nama sebenar Mimi Rheem.Di lahirkan pada 16 Feb 1993.Aku anak ke 4 daripada 10 orang adik beradik tapi sejak kakak aku yang no 3 meninggal aku turun pangkat jadi anak ke 3..Hikhik.Aku di lahirkan dari sebuah keluarga yang sederhana.Masa kecil,mak aku cakap aku selalu keluar masuk hospital kerana aku ada penyakit sawan.Bahkan,mak cakap dulu aku hampir mati gara-gara penyakit sawan tapi syukur aku masih mampu bernafas hingga ke saat ini.Amin..
2:Aku hanya belajar sehingga Tingkatan 2 sahaja!!Percaya ke tidak tu terpulang.Aku berhenti sekolah masa form 2 sebab aku ikut kakak sepupu aku kerja di penang.Tapi walaupun tingkatan 2 aku dah berhenti sekolah tidak bermakna aku harus berhenti di sini right ?Bila umur aku menginjak ke 18 tahun aku ambil SPM persendirian di Smk Batu Kawan P.Pinang.Semua urusan aku yang urus sendiri tanpa bantuan siapa2.Hebat right ? :-) Bila keputusan keluar aku tetap bersyukur kerana walaupun sudah lama aku meninggalkan alam persekolahan tapi keputusan SPM aku memuaskan kecuali Maths..Opsssss..
3:Aku mula bekerja pada umur 13 tahun !!Mula2 datang ke penang aku bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran tapi tidak lama daripada tu aku berhenti dan kerja di sebuah kilang.Oleh sebab ekonomi merosot aku berhenti kerja dan aku bekerja lagi di sebuah restoran.Pada tahun 2010 aku berhenti di restoran dan aku bekerja di hotel di mana tempat kerja kawan baik aku jugak.Sedar tak sedar dah hampir 6 tahun aku bekerja di sini !!Yeahhh..
4:Aku pernah di ragut sebanyak 2 kali.uhuk!!Pertama kali aku di ragut masa jalan seorang.Dan yang paling kelakar bila dah di ragut tu aku dah tak fikir apa kecuali kunci rumah.Kedua kali masa di atas moto.Tapi kadua kali tau tak menjadi sebab bag yang aku bawak aku pegang kuat2.Yang bestnya kawan aku yang bawak motor tu tak sedar pun.Winkkkk
5:Ramai orang berfikir aku cinta tapi sebenarnya aku bukan cina la.Aku pun tak tau kenapa mereka berfikir seperti itu,mungkin sebab mata aku sepet macam cina kot.Hahaha.Aku asli orang sabah dan berbangsa kadazan dusun.Tak ada mix apa2.Tapi bila orang tanya aku "U orang apa ?" aku akan jawab "Melayu"..Jawapan yang simple right..Wink.
bagus adik tak mudah putus asa..
ReplyDeleteakak memang salute lah....
belum 18 lagi dah kerja-keras... hopefully masa depan adik makin cerah and jangan lupa mak n ayah.. :)
Ok..Terima kasih ye :-)
DeleteTahniah atas keputusan SPM awak :)
ReplyDeleteWink °_°..Thank you :-)
Deletedisebalik wajah comel ni , kuat orangnya .
ReplyDeleteAmboii..haha..
DeleteHebatnya awak. Pada usia muda dah mula bekerja. hehe. Pengalaman mengajar erti kehidupan. =)
ReplyDeletegood job! walaupun belajar sampai tingkatan 2 tapi tetap teruskan ambik SPM.
ReplyDeleteerr....u r not muslim right?
Hihi..untuk msa depan..Aha..I am not muslim..Dont get me wrong :-)
DeleteWahh menarik jgk baca crita hidup awk ni.
ReplyDeleteEhek..tq
DeleteHaha..betul2..Yezzx..boleh..Bln 6 nty balik..jom g jln2..
ReplyDeleteJgn pernah mengalah dlm hidup ni. Semoga terus maju dan berjaya (=
ReplyDelete