DUGAAN DEMI DUGAAN

Hai Dreamers..

Sekali lagi keluarga aku menerima berita yang sangat menyedihkan.Minggu lalu aku kehilangan seorang abang sepupu dalam kemalangan jalan raya di sandakan.Mangsa dikatakan menjadi mangsa langgar lari.

Tidak sampai seminggu kejadian itu berlaku hari ini aku dapat berita seorang abang sepupu aku terlibat dalam kemalangan semasa membantu memadam kebakaran di sandakan.Mula-mula dengar aku memang tidak percaya langsung.Tapi,keluarga aku cakap berita ini betul.Jadi,aku harus terima hakikat.



Aku harap keluarga aku tabah menghadapi semua dugaan ini.Aku cuma kesian kat wife dia yang sedang mengandung 5 bulan.Mak aku pun sakit teruk belum sembuh lagi,dugaan lain pula yang muncul.

Ya Tuhan,dugaan demi dugaan yang datang buat kami sekeluarga buat aku jadi sedar bahawa tiada yang kekal dalam dunia ini.Semuanya hanya bersifat sementara.Aku semakin mengerti tentang hidup.Aku belajar tabah dari semua ini.

4 comments

  1. semoga tabah menerima ujian ni..

    ReplyDelete
  2. ooo.. takziah// dugaan tu buat kt lebih matang

    ReplyDelete
  3. Salam takziah mimie..
    Kuatkan hati..
    InsyaAllah setiap apa yang berlaku ada hikmah dariNya.

    ReplyDelete