12 SEBAB KENAPA BERAT BADAN SUSAH TURUN | Selamat pagi ! Hai keorang.Beberapa lepas kita cerita tentang Cara Buat Air Detox sendiri Untuk Kurus Dan Sihat kan.Hari ini kita cerita pulak ape sal la susah sangat nak turun berat badan walaupun setiap hari diet ?Amboiiii..Nak turun berat badan tu bukan diet semata okey.Perlu dipertikaikan banyak hal jugak dan perlu dikaji pulak penyebabnya (Macam profesor pulak main kaji-kaji ye ).Entry kali ini aku nak huraikan 12 penyebab kenapa berat badan susah nak turun.
1 : PENGAMBILAN AIR SODA / BIKRABONAT
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula.Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori.Walaupun begitu,kalori tersebut tidak menjadikan perut keorang kenyang.Jadi walaupun anda mengambil soda,keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada.Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari,mungkin berat badan anda bertambah sehingga 30 % dari biasa.
2 : KURANG TIDUR
Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda dan sekaligus mengawal keinginan intuk makan malam.jadi semakin sikit masa anda tidur,semakin banyak masa anda makan.(Yang ni aku rasa betui kot.Aku selalu kerja 12 jam asyik makan je tapi kalau aku tidoq je makan pun tak ingat)
3 : TIDAK BERSARAPAN
Seseorang yang melambatkan sarapan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapatkan penyakit obesiti.Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tenghahri.
4 : MAKAN TERLALU CEPAT
Kunyah makanan perlahan-lahan !Ini tak,nampak makanan tu sedap kita kunyah bukan main cepat lagi.Adakalanya tak sempat kunyah dah telan.Jika kita kunyah makanan perlahan-lahan kita akan mengambil sedikit kalori setiap kali makan.Anda kena tahu bahawa sekurang-kurangnya diperlukan 20 minit untuk mendapat isyarat dari otak bahawa kita dah kenyang.
5 : KURANG MINUM AIR PUTIH
Kajin mengatakan seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badan berkurang 30 % lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum air putih.Tidak cukup minum air putih juga akan membuatkan sel anda mengecut kemudian sel akan menghantar isyarat ke otak bahawa badan sudah mengalami dehidrasi atau kurang air.Tetapi otak tidak boleh menganalisis samaada isyarat tersebut LAPAR ATAU KURANG AIR DIDALAM BADAN.Kebanyakan dari kita tersilap dengan menafsirkan bahawa perut kita LAPAR walaupun baru lepas makan.So,kita akan maka dan terus makan sedangkan sebenarnya anda hanya perlu minum air putih dan pasti akan terus kenyang.
6 : MAKAN KETIKA TERTEKAN
Ketika stres ada diantara kita lebih gemar makanan manis untuk membantu hilangkan stres.So,ketika keinginan makan makanan manis itu dtang,alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur.Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik.
7 : KURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Tahu tak dengan pengambilan kerbihidrat secera berlebihan seperti mee atau nasi putih dapat meningkatkan hormon serotin yang menyebabkan anda makan lagi ?Jadi gantikan karbohidrat sedeharna dengan kerbohidrat kompleks seperti beras perang dan oatmeal.
8 : TERLALU BANYAK MENONTON TV
Ketika menonton Tv,fikiran anda lebih tertumpu di hadapan Tv.Jadi,anda lebih cenderung makan makanan ringan semasa menonton Tv kadang-kadang sampai terlebih-lebih tanpa disedari.
9 : PINGGAN YANG DIGUNAKAN BERSAIZ BESAR
Pinggan besar maka makin banyak makanan yang boleh diisi.Bilaa banyak makanan yang terisi banyaklah unyuk kita makan.Bila makan banyak,badan jadi gemuk !Simple kan ?Simple kan cara untuk menjadi gemuk.
10 : PESAN COMBO MAKANAN
Biasanya menu combo di restoran lebih murah dari harga makanan ala carte dan mempunyai bermacam side menu tambahan.Tapi jangan lupa bahawa dengan makanan combo tu anda akn mengambil lebih banyak kalori dan tentu jugalah anda akan menghabiskannya kerana tidak mahu membazir.Faham tak konsepnya disitu ?
11 : MALAS BERSENAM
Bersenam tidak perlu la berat-berat.Cukup sekadar berjalan.Bersenam juga membantu meninggikan metabolisma tubuh.(Aku pandai je suruh orang bersenam sedangkan aku sendiri malas bersenam)
12 : MAKAN LEWAT MALAM !
Haaa!Siapa suka makan lewat malam tu ?Sila hentikan tabiat buruk anda tu kerana menurut kajian Journal Obesity,seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori.Jadi,keinginan anda untuk makan tengah malam tu membuak-buak.Carilah makanan yang mempunyai kadungan gula dan lemak yang rendah seperti susu rendah lemak,air masak,buah-buahan atau roti oatmeal !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
great sharing
ReplyDeleteooo..patutlah...12 perkara di atas yg fida alami..
ReplyDeletehai... salam perkenalan... ;)
ReplyDeletenice blog... =)
done follow...
follow me back ya... ^_^
http://fiedan.blogspot.my/
No 2, 11 dn 12 tu mmg terkena batang hidung je..
ReplyDeleteheheee