SUPPLEMENT TERBAIK KELUARAN SHAKLEE

11/29/2015 08:54:00 PM
SUPPLEMENT TERBAIK KELUARAN SHAKLEE | Hai dreamers.Bila bercakap tentang supplement dan kesihatan pastinya supplement atau makanan tambahan tidak terkecuali akan masuk dalam topik ini.Tetapi persoalannya apakah supplement yang terbaik utuk diri memendangkan begitu banyak supplement yang dijual sekarang.Sehinggakan kita sendiri pun tidak tau mana yang sesuai untuk diri kita.Nahhhh..Tips memilih sepplement dari Mimi adalah pastikan kita tau kita ambil supplment untuk apa ?Jangan orang cakap ini bagus try la terus nak try then bila tak ada perubahan melenting pulak.Helow !!Kita kena tau badan kita tidak  sama dengan badan orang lain.
Mimi sendiri pun agak cerewet  dalam bab memilih supplment.Banyak kawan-kawan Mimi syorkan ambil tu ambil ni tapi Mimi abaikan je sehingga la Mimi jumpa produk shaklee.Siapa yang tidak kenal dengan shaklee.Mimi tertarik untuk mencuba setelah dapat hadiah dari seorang kakak kat facebook hari tu.Alaa..Yang Mimi menang hadiah dari GA Eintan Nurfuzie tu.Hehehe..Mimi dapat PHYTOCOL-ST.PHYTOCOL-ST untuk kesihatan dalaman.So far Mimi makan elok sangat.
PHYTOCOL-ST biasanya Mimi ambil 2 biji selepas serapan dan 2 biji sebelum tidur.
Bila Mimi dah rasa elok Mimi tanya la kakak tu untuk jerewat bagus ambik yang mana dan kakak tu suggest ambik ALFALFA COMPLEX dan VITA-C PLUS.Kulit muka Mimi sejak kebelakangan ni selalu sangat breakout.Entah la kenapa tapi mungkin sebab sejak beberapa bulan lepas Mimi datang bulan 2 bulan 1 kali.Perghhh!!Kenapa macam tu ye?Fuhhhh!!
ALFALFA COMPLEX Mimi ambil 3 biji selepas serapan,3 biji selepas lunch dan 3 biji sebelum tidur.ALFALFA COMPLEX boleh ambil berapa saja sehari tapi pastikan tidak lebih 10 biji dalam masa sehari.
Tapi,sejak amalkan ketiga-tiga supplement ni parut jerewat dah banyak berkurang.Mimi baru je start ambil ALFALFA COMPLEX dan VIT-C PLUS.Kesan pun tak berapa ketara lagi tapi Mimi dapat rasakan perubahan yang ketara pada badan.Biasanya Mimi kalau bangun pagi sakit semua badan sebab masa kerja selalau banyak duduk dan banyak menghadap komputer tapi sekarang tak lagi.Bangun pagi fresh je..
VIT-C PLUS Mimi ambil 1 biji selepas sarapan.VIT-C PLUS hanya 1 biji 1 hari ye..
 Keseluruhannya Mimi sangat berpuas hati dengan produk shaklee ni.Dan,nantikan review Mimi after satu bulan consume..Ehekkk..


SEPULUH SOALAN TAG BY LEYA YEOLLY

11/29/2015 06:31:00 PM
SEPULUH SOALAN TAG BY LEYA YEOLLY | Hai dreamers..Apa kabar ?Sihat tak ?Mimi agak menyepi sejak kebelakangaan ini kan.Semuanya sebab malas melanda diri.
Hari ini nak jawab soalan-soalan yang di hantar oleh LEYA kat cbox beberapa hari lepas.Opsss..Maaf nah lambat buat entry..Hehehehe.So,meh la kita sama-sama jawab.
Carita serba sedikit tentang diri kamu ?
Nama aku Mimi Binti Rheem.Lahir pada 16/02/1993.Ramai orang ingat Mimi ni cina tapi sebenarnya bukan.Mimi seorang yang simple dan sangat-sangat susah bercakap dengan orang yang Mimi tak kenal tapi bila Mimi dah kenal orang tu perangai Mimi 100% berubah jadi orang yang cakap banyak..Ahahaha.Mimi juga seorang yang suka pendam masalah dan Mimi seorang yang spoting tau.Kikiki..
Apa pendapat kamu tentang blog saya?Jujur ye,baik buruk saya terima.
Bagi Mimi blog Leya comel,kemas dan banyak info yang boleh di dapat.Sebagai contoh tutorial yang di sediakan oleh beliau.
Blog siapa yang sering kamu kunjungi?Nytakan sebab..
Ok..Jujur Mimi selalu stalker blog Lyssa Faizureen.Sebabnya adalah nak carik ilmulah..Ahahaha..
Warna kegemaran?Nyatakan sebab..
Banyak sebenaarnya warna kegemaran Mimi tapi Mimi paling suka pada warna hitam,putih dan gold.Sebab apa ?Entah la..Tak ada sebab pun.Mungkin kerana ketiga-tiga warna ni senang nak match .Thats all..
Bila bosan buat apa ?
Kalau Mimi terpulang pada keadaan.Sekiraanya kat rumah Mimi tidur tapi kalau kat tempat kerja ke Mimi biasanya menyanyi sambil tengok Youtube.(Walaupun suara tak sedap menyanyi tu wajib)
Perkara yang membuatkan kamu bangga dengan diri sendiri buat masa ini ?
Bangga dengan diri sendiri sebab dah pandai berdikari,dah besaq,dah pandai jaga diri sendiri,dah dapat bezakan mana baik dan buruk dan paling penting sebab dah boleh cari duit sendiri untuk bagi kat Mama.
Apa matlamat dalam dunia blog?
Semestinya ingin menjadi seorang blogger yang berjaya.Amin..Doakan aku..Ahahaha
Pada tahun bila kamu bergelar seorang blogger ?
Kalau tak silap tahun 2012.Tapi masa tu tak akif lagi.Tahun ni baru nak berjinak-jinak untuk aktif kembali.Pheww !
Pc atau Smartphone ?
Sudah tentu smartphone.Kalau pc tak berapa sangat.Buat entry pun lebih banyak pakai smartphone.
Fav song.Nyatakan 3.
1 ; Memori Berkasih By Achik & Nana
2 : Sakit Hati By Setia Band
3 : Sungguh Ku Mencintaimu By Dadali

Mimi Tag Awak..
Aj
Lieza Mustafa
Yuhaadie
Luahan Si Khalif
Diya Hanum
Dan siapa nak join tu boleh je join ye.Mimi tag keorang semua..

Soalannya untuk awak semua :
1 : Siapa kamu 10 tahun akan datang ?
2 : Blogger yang menjadi inspirasi kamu ?
3 : Haiwan yang paling geli geli apa ?
4 : Pendapat awak tentang blog saya?Jujur ya..
5 : Kamu lebih aktif di mana ?Blog,Facebook,Instagram,Twiter Dll.Nyatakan kenapa.
6 : Tempat melancong yang paling seronok yang pernah kamu lawati di Malaysia?
7 :Fav pelakon lelaki Malaysia ?
8 : Fav pelakon perempuan Malaysia ?
9 : Barang wajib yang perlu di bawah setiap kali keluar ?
10 : Tea or Coffe ?




JALAN JALAN DI LANGKAWI | HARI PERTAMA

11/24/2015 10:10:00 AM
JALAN JALAN DI LANGKAWI DAY 1 | Hai dreamers dan selamat pagi.Hari jumaat lepas aku dan kawan seorang lagi jalan-jalan kat langkawi.Sebenarnya,percutian ini tanpa dirancang.Seminggu sebelum bertolak tu aku kerja tapi dalam masa yang sama aku menghayal.Hahaha..Sedang syok menghayal tiba-tiba ambil telefon dan whatsapp kawan bagitau kat dia jom p bercuti kat langkawi.Asyik kerja je stress la.Mula-mula tu takut juga tak dapat pergi sebab kami pun tak bagitau dengan bos lagi nak bercuti tapi kebetulan dah nak akhir tahun jadi cuti tahunan memang wajib la habiskan kalau tak burn macam tu je.Esok tu jumpa bos terus bagitau dan bos suruh isi form cuti.Selama menunggu kata putus dari bos macam-macam dah dalam fikiran aku.Seronok dan excited jangan tanya la..Hahaha..Hari isnin tu terus bos cakap "ok.cuti diluluskan"..Yahooooo..Jom p bercuti !

Pagi jumaat tu awal-awal dah bangun sebab kami tak tau feri bertolak pukul berapa.Pukul 6 pagi dah bertolak dari rumah dan sampai jeti kat penang pukul 7 setengah.Sampai je kat jeti terus p beli tiket feri dan harganya rm70 seorang untuk orang dewasa.Harga tiket yang sebenar hanya rm60 + Tax Rm10 So total rm70 la.Ambil 2 tiket untuk 2 orang rm140..Rupanya feri bertolak paling awal 8.15 Am..Ada masa lagi serapan la kejap.Setengah jam sebelum feri berlepas kena ada dah dalam feri.Naik feri dari penang ke langkawi lebih kurang 3 jam jugak la.Erhhh !Panas pungkoq dok lama-lama.Sampai pulau payar feri berhenti.Ingatkan kami turun sana rupanya bukan..Hahaha..Ini kali pertama aku p langkawi jadi memang tak tau apa-apa la.Dari pulau payar ke jeti langkawi lebih kurang 1 jam juga la.Sampai je jeti langkawi makan-makan sambil pusing2.Nak p hotel terus memang tak la sebab sampai je kami call hotel tu ada kosong ke tak tapi dia cakap tak ada lagi.Nak buat apa ?Lepak kat food court..Kiki..

Lebih kurang pukul 1 macam tu ingatkan nak naik bas je biar jimat tapi abang yang kerja kat feri tu cakap bas nak p pantai cenang tak ada dik.Kalau nak lagi senang boleh sewa kereta.Banyak servis kereta sewa di langkawi atau sewa motor di langkawi tapi disebabkan tak ada yang reti memandu jadi,kami decide ambik teksi.Teksi dari Jeti Langkawi ke Pantai Cenang Rm30.Aku ingatkan dekat je rupanya jauh wehhhhh..Aku tanya kawan aku "Wehh..betui ka rm30 saja ?Dah la jauh.Kalau kat penang maunya rm60 to rm70".Kawan aku cakap "Iya kan.Kalau macam ni aku nak dok langkawi je".Hahaha..Mula dah !Tapi serius aku cakap kat sana barang memang murah terutama rokok.Bak kata uncle teksi tu "kalau nak mati cepat datang la sini".Hahaha..Then orang dia pun ramah-ramah..Aku p kedai dengan kawan aku pekerja dia senyum je.Polis yang buat roadblock pun senyum..Erhhh..Bestnya jadi orang langkawi.
PERCUTIAN KE LANGKAWI

PERCUTIAN KE LANGKAWI

Sampai je kat hotel sattle semua bayaran dan sumbat barang dalam bilik terus ambil sunglass dan lepak tepi pantai.Cehhhhh !Hahaha..Lawak pun ada.Dah penat lepak terus masuk bilik dan tidur..Hahaha..Malam tu jalan-jalan cari makan.Bajet kami seorang untuk 3 hari dan 2 malam Rm500 tapi sampai sana bajet lari sampai Rm700.Semuanya sebab asyik makan,makan,dan makan.Hehehe..Dah habis kenyang perut balik ke hotel dan menggila dalam bilik berdua..

PERCUTIAN KE LANGKAWI

Bersambunggggggg..

AKAUN INSTAGRAM DIGODAM ?

11/17/2015 03:26:00 AM
AKAUN INSTAGRAM DIGODAM ? | Hai dreamers dan selamat malam.Apa kabar semua ?Sihat tak.Harap-harap sihat la ye.Blog aku ni sunyi je beberapa ni kan.Ada yang rindu aku ka?Cehh.Aku kebelakangan ni selalu lepak kat instagram aku je.Aha..Selalu lepak sana tapi gambaq tak dak pun.Ada beberapa keping je.Selalu post gambaq then padam balik.Tu semua sebab aku masih mencari theme yang terbaik buat aku.Gerrrr!
Tapi kan yang buat aku tak puas hati lepak kat instagram adalah asal tengah syok-syok like gambaq tiba-tiba ter log out.Bila check email cakap aku ada minta reset new password padahal aku tak mintak pun.Kenapa ?Aku buat tak tau je la then tukar je password.Dah boleh log in tunggu  je beberapa hari kejadian akan berulang kembali.Hurmmm..Sadis betul la!Aku cuba tanya kawan aku katanya ada orang cuba godam instagram aku.Patutlah asik reset password je sedangkan aku tak mintak pun.

AKAUN INSTAGRAM KENA HACK ?
Email ni aku dapat seminggu yang lepas.Dapat email ni aku buat tak tau je sambil tukar password.Tak syak apa-apa pun.


AKAUN INSTAGRAM KENA HACK ?
Tapi bila dapat lagi email kedua aku dah mula syak yang ada orang cuba curi akaun instagram aku.Aku cepat-cepat tukar password dan username.Erhhh..Legaaaa..

AKAUN INSTAGRAM KENA HACK ?
Ingatkan dah tak ada makhluk yang cuba curi akaun aku tapi rupanya ada lagi.Kerja siapa la ni kan.Emm..Sedih wokey.
Harap-harap selepas ini tak dah la makhluk yang cuba hacked akaun instagram aku.Kalu si pengodam tu berjaya menangis tak berlagu la aku ni.Ahahaha..Nasihat aku pastikan instagram keorang tu email dan konferm supaya si pengodam tu payah nak curi.Kalau  email tak konferm lagi la senang nak hacked.


CARA BUAT CHEESE STICK

11/12/2015 05:09:00 PM
CARA BUAT CHEESE STICK | Hai dreamers dan selamat petang.Petang-petang macam ni memang elok sangat la layan cheese stick sambil minum teh O panas.Pheww!Mantap.Tapi macam mana nak buat cheese stick ?Haaa..Cheese stick tu apa ?Kalau tak tau sila google ye..

Aku  masa mula-mula buat macam tak jadi je.Macam tak sedap je sebab aku main campur je semua bahan-bahan tapi bila dah siap tu sedap jugak rupanya.Thats why la aku share kat keorang.Mana la tau kot-kot keorang pun nak buat jugak.Lagipun cara buatnya sangat senang dan bahan-bahan sangat mudah untuk dapatkan.

Bahan-bahan yang diperlukan :
1 : Mozzarella cheese
2 : Tepung gandum
3 : Telur
4 : Serbuk roti
5 : Serbuk perasa ( Letak je serbuka kari.Sikit saja sebagai perasa )

Cara-cara memasak :
1 : Potong Mozzarella chees bentuk stick,

2 : Gaul dengan tepung.

Mangkuk 1 ( Kacau telur dengan air)

3 : Masukkan  Mozarella cheese yang telah dipotong seperti bentuk stick dalam mangkuk 1.

Mangkuk 2 ( Campurkan serbuk perasa dan serbuk roti sekali )

4 : Selepas cheese stick tadi di masukkan dalam mangkuk 1 angkat cheese stick dan pindahkah ke dalam mangkuk 2.

5 : Bila rupa cheese stick dah jadi seperti dalam gambar,bekukan dalam peti sejuk selama 3 jam.
CARA BUAT CHEESE STICK
6 : Selepas cheese stick dibekukan ambil dan goreng dalam minyak yang panas.

7 : Sedia untuk dihidang..

Selamat mencuba..


CPUV DARI NUFFNANG KE 14 | Petronas Kad Mesra

11/12/2015 12:32:00 AM
CPUV DARI NUFFNANG KE 14 | Petronas Kad Mesra | Hai dreamers dan selamat malam.Minggu ni kerja malam so boleh la rajin-rajinkan diri untuk update entry sebanyak mungkin dan blogwalking semua peserta yang join GA yang aku pun join..Ehekkk..

Sebenarnya aku baru je lepas cuci mata tadi kat LAZADA dan omg!Mata aku juling tengok harga yang super murah.Aku rasa nak beli tu beli ni tapi disebabkan minggu depan aku dan housemate nak jalan-jalan ke langkawi terpaksa kuburkan niat sekejap untuk shopping kat LAZADA.Takut pulak bajet nak ke langkawi habis.Nayah aku tak boleh p langkawi..ahahaha..

Adoii..Lain tajuk lain pulak isinya ye..Erhhh !!Aku cuma nak habaq je bahawasanya aku dapat lagi CPUV dan CPUV kali ini daripada Petronas Kad Mesra.Terima kasih petronas..

Kiranya CPUV yang sedang menari-nari kat blog aku ada enam la ye..Ahahahaa..Terima kasih semua..




CPUV DARI NUFFNANG KE 13 | OTWC - Chicken Wings Awar

11/10/2015 10:18:00 PM
CPUV DARI NUFFNANG KE 13 | OTWC - Chicken Wings Awar | Hai dreamers dan selamat malam.Dah lama tak update yentang nuffnang sebab sedikit kecewa tak dapat cpuv.Ahahaha..Salah sendiri malas update blog tapi nak salahkan En Nuffnang pulak.Nampak tak permainannya di situ..Krikkrik..

Tapi hari ini terajin pulak sebab tadi tengok akaun Nuffnang ada CPUV 3 ketul yang sedang menari-nari disitu.Apa lagi cepat-cepat la upadte biaq En Nuffnang bagi la CPUV banyak-banyak..

CPUV DARI NUFFNANG KE 13 | OTWC - Chicken Wings Awar

Cpuv kali ini OTWC - Chicken Wings Awar!Terima kasih En Nuffnang.Terima kasih semua sebab sudi support blog aku ni..Hehehehe

CARA MENGENALI PERIBADI SESEORANG

11/07/2015 11:32:00 AM
Hai Dreamers..
CARA MENGENALI PERIBADI SESEORANG
CREDIT TO GOOGLE
CARA MENGENALI PERIBADI SESEORANG | Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mengetahui sifat dan tabiat seseorang.kadang melalui gaya bercakap, warna atau jenis pakaian yang dikenakan, makanan kesukaannya, bentuk rupa, ataupun melalui zodiak dan sebagainya.

Namun mengetahui sifat-sifat seseorang yang belum kita kenal tidaklah sukar.Kerana ada cara alternatif yang lebih simple dan sama sekali lain dari yang lain.Iaitu melalui jenis kasut yang dipakainya hari-hari.Nak tau tak macam mana ?Tengok gambar di bawah.
cara mengenali seseorang
Haaaa..kakak-kakak,adik-adik dan mak cik semua keorang jenis yang mana ?Kalau aku selalu pakai kasut jenis flat dan wadges.

P/S : Sila jangan percaya 100% kerana ini sekadar ramalan.

7 TANDA AWAL ISTERI DERHAKA

11/06/2015 10:58:00 AM
7 TANDA AWAL ISTERI DERHAKA | Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.
Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.
TANDA AWAL ISTERI DERHAKA
Semoga bermanafaat..

WAKTU TERBAIK UNTUK MAKAN

11/05/2015 11:44:00 AM
WAKTU TERBAIK UNTUK MAKAN | Waktu makan adalah waktu yang sering di nanti untuk menambah semula tenaga, apatah lagi apabila perut sudah mula berkeroncong. Waktu makan perlu dipatuhi supaya makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum mengambil makanan yang baru. Seeloknya makan sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum berasa kenyang.Namun,waktu yang terbaik untuk makan bila ye ?Meh nak Mimi nak kongsi kat keorang semua.
WAKTU TERBAIK UNTUK MAKAN
Haa.Macam mana ?Dah Tau Kan..Hehehe

TOP KOMEN OKTOBER

11/02/2015 11:38:00 PM
TOP KOMEN OKTOBER | Hai semua.Maaflah,beru je berkesempatan untuk update komen 
terbanyak di bulan oktober.Untuk pengatahuan semua ini adalah entry pertama yang Mimi buat untuk
top komen sempena menghargai kat keorang yang sentiasa tinggalkan komen di blog Mimi 
ni.Apapun,tahniah !

Akif Imtiyza ( 11 komen )
 
Ms.Kejupenyet ( 8 komen )
 
Along Misuari ( 7 komen )
 
Melissa Muklis ( 7 komen )
 
AinAthirah Anuar ( 6 komen )
 
Leya Yeolly ( 6 komen )
 
Afidah Azmi ( 6 komen )
 
Siti Yang Menaip ( 6 komen )
 
Etuza Etuza ( 6 komen ) 
 
Eintan Nurfuzie ( 6 komen )

Terima kasih semua !

SYUKUR !!AKU MENANG !

11/02/2015 10:25:00 PM
SYUKUR !!AKU MENANG ! | Hai dremers dan selamat malam semua.Arhhh..Syukur sangat-sangat sebab menang hadiah GA dua kali untuk bulan ini.Hehehe..Senyum sampai ke telinga sekejap..Suka ok !Join GA selalu tak ada rezeki nak menang tapi bulan ni menang dua sekaligus.Apapun aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada penganjur sebab buat GA ni.Semoga berjaya selalu..hehehe
GA MEKZUMBIE Mimi dapat cawan comel..ishhh..tak sabaq pulak nak tengok cawan comel tu..ahahaha..Terima kasih.
Haaa..Kat Akak EINTAN NURFAUZIE Mimi dapat Phytocol-ST sukanya..
Terima kasih banyak-banyak..Hehehe..Nak p tebus hadiah ni..ahaha




Giveaway CINTA by CN

11/01/2015 12:13:00 AM

Giveaway CINTA by CN


giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 


1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :




Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Advertise

Mimi Story