PENYAKIT SENGGUGUT

Hai Dreamers..

Hanya orang yang pernah mengalami senggugut je dapat rasa kesakitannya.Bagi aku senggugut tu dah menjadi hidangan setiap bulan sejak pertama kali aku datang haid.Masa mula-mula aku sampai menangis sebab sakit sangat sebab tak boleh tahan.

Kalau zaman sekolah lagi bila aku tau aku dh nak datang bulan aku selalu bawak tali pinggang.Haaa..nak buat apa dengan tali pinggang tu?Kahkah..Aku biasanya kalau penyakit senggugut aku menyerang aku akan ikat pinggang aku kuat-kuat kat peerut baru tak berapa nak sakit.Kalau tak ikat boleh pengsan woo dalam kelas..

Tapi bila dah zaman bekerja ni aku dah tau ubat yang paling mujarab iaitu ubat tahan sakit perut datang bulan.Setiap bulan aku g klinik atau farmasi beli dan ubat tu wajib ada dalam beg aku.Kalau aku dah rasa sakit aku makan je ubat tu dah lega.Tapi kalau aku tak makan nak buat apa pun tak boleh kecuali baring je.

Pernah sekali ubat habis masa tu pulak aku kerja.Haa..Ambik kau..Meraung woiiii..Aku rasa macam nak pitam je.Nasib baik la kawan aku g farmasi dan tolong belikan.Masa aku umur 16 tahun kot kalau tak salah aku tengah kerja lepastu penyakit senggugut aku datang.Fuhhh!!Sakitnya memang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata.Macam kat bawah pusat ni banyak jarum-jarum yang mencucuk.Sampaikan aku menangis.Tu la pengalaman yang paling ngeri pernah aku alami..Cehhh..Ngeri ke ?

Aku pernah g jumpa doktor tapi doktor tu cakap peranakan aku kecil sebab tu la aku mengalami senggugut.Apa hubungannya aku pun tak tau.Tapi ada orang cakap orang yang selalu mengalami sengugut ne susah nak beranak.Betul ke ?

Ada tak siapa-siapa yang tau macam mana nak hilangkan sengugut ne ?Nak cakap keturunan tak kot.Adik-adik dan kakak aku normal je.Tak ada rasa sakit pun..Mak aku pun sama normal jugak.Aku nie je..Ntah..Penyakit bayak sangat..Ahakkkk

3 comments

  1. Akak pernah kena senggugut sekali je..boleh tahan la sakitnya...yang ada orang tua tua cakap minum air suam je masa tengah senggugut tu..

    ReplyDelete
  2. Paling tak suka bila senggugut...
    Hilang terus mood...

    ReplyDelete