PERCUBAAN TEST KOMPUTER KALI KEDUA

1/29/2016 01:46:00 PM
PERCUBAAN TEST KOMPUTER KALI KEDUA | Hai dremers.Baru ada kesempatan untuk update blog.Sepanjang minggu ini Mimi terlalu sibuk.Banyak hal yang Mimi perlu urusan termasuk mencari rumah sewa baru.Dah give up untuk cari soalnya rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja rata-rata tak ada.Uhukkk..Tapi bos Mimi kata kawan dia ada nak sewakan rumah.Harap-harap berhasil.Kah !

Ok !Back to topik kita yang sebenar.Minggu lepas Mimi ada buat entry tentang Test Komputer Gagal kan.Dan hari selasa bersamaan dengan 26/01 Mimi sekali lagi pergi cuba untuk test komputer.Opsss.Masa nak ulang tu Mimi kena bayar rm40.Entah,Mimi pun tak tau tu murah ke mahal.Ahahahaha.Hari selasa tu habis je kerja pukul 8 am Mimi terus pergi ke kedai tempat test komputer tu.Mimi saja pergi awal biar cepat siap dan boleh balik rumah lepastu tidur.Tapi kan semasa sampai sana turn nama Mimi yang kena pangil akak tu cakap "Mimi tunggu sat nah..Nama tak ada lagi" dan aku arghhh awat tak dak nama oikkk..Tapi terpaksa senyum sambil cakap "Ohh..Ok " walaupun hakikatnya aku dah nak mengamuk..kikiki

Dah lama tunggu akhirnya nama Mimi kena panggil juga.Tunggu lagi sekejap then masuk bilik memulakan ujian.Ahahahaha..Depan komputer tu Mimi yakin sangat yang Mimi akan lulus sebab semua soalan yang keluar Mimi dah cuba jawab malam tu melalui website yang dieorg bagi.Hahahaha.Betul la orang cakap kalau kita belajar sambil memahami soalan tu semuanya jadi sangat mudah.Mimi cuba fahami semua soalan baru jawab dan akhirnya Mimi LULUS.Warghhh !!

Habis  je ambil keputusan terus balik dengan senyuman lebar.Tidur pun lena.Hahahaha..Mimi hantar keputusan tu kat Ms Yap dan sekarang Mimi kena tunggu lesen keluar.Wkwkwkwkw..Akhirnya lepas halangaan pertama.Krikkrik..

TEST KOMPUTER GAGAL !

1/23/2016 06:12:00 PM
TEST KOMPUTER  GAGAL ! | Hai dreamers..Balik je kerja pagi tadi terus cepat-cepat balik rumah ganti baju dan terus ke tempat test komputer.Yang masih tak tahu bahawa sekarang ni Mimi tengah belajar memandu boleh baca entry INI.Sampai kat tempat test komputer tiba-tiba pulak Ic Mimi lupa bawa.Nak tak nak terpakas balik rumah ambil Ic dan macam biasa Mr H membebel sampai telinga aku sakit nak dengar.Krik2..Wehhh..Bukan sekali dua sebenarnya Mimi lupa bawa ic bila ke mana-mana tapi selalu dah sangat...Sebab tu la Mr H bising.Kah !

Ic semua dah ada then tunggu giliran punya la lama.Banyak orang..Baru Mimi ingat hari ini orang cuti dan no wonder la ramai orang.Mimi tunggu dari pukul 8.30 am dan sampai giliran Mimi untuk masuk test komputer jam 11am.Masa menunggu tu semua pelajar baca buku tentang memandu tu ada beberapa orang je yang tak baca termasuk Mimi.Yeahhh!!Acah-acah budak dah pandai macam tu la kan.Kikiki.
Rata-rata pelajar yang ambil dapat keputusan GAGAL.Mimi sendiri pun tak berapa yakin lulus ke tak.Bila sampai turn Mimi untuk menjawab,Mimi pun agak gementar sikit.Masa untuk menjawab 1 jam tapi Mimi jawab hanya 13 minit 5 saat !Hebat tak ?Hahahaha.Dah submit keputusan arghhhh,GAGAL.What !Masa menjawab tu Mimi dah yakin yang Mimi takkan lulus sebab banyak soalan yang Mimi sendiri pun  tak tau nak apa,terutama bila keluar soalan tentang mata demerit dan peraturan saat-saat tu.Mimi hanya berharap yang Mimi LULUS tapi sebaliknya pula.Mimi hanya dapat jawab soalan 38/50 sedangkan markah untuk lulus adalah 42/50.Stress sekejap.

Tapi kan,Mimi takkan putus asa.Next week Mimi cuba lagi ambil mana la tau lulus kan.Hehehehe..Tadi pun Mimi sendiri tak dapat nak fokus sebab penat sangat dan mengantuk.Yela,dari jam 12am kerja sampai 8am,balik terus ke tempat test komputer.Adalah juga orang suruh tak payah ambil bayar je kat orang tak tak nak lah.Bayar kat orang beratus-ratus buat apa.Lagi baik kalau gagal ulang lagi.Bayaran pun maybe Rm30 je.Biar la test berulang kali yang penting hasil usaha sendiri daripada suruh orang kan.Kikiki..

Tu je Mimi nak share..Hehehehe..Opsss,terima kasih kerana sudi bagi semangat kata Mimi.U ols memang baik.Winkkkk..

BELAJAR MEMANDU

1/21/2016 08:16:00 PM
BELAJAR MEMANDU | Akhrinya hajat Mimi untuk belajar memandu yang tersimpan beberapa tahun lepas termakbul juga.Sebenarnya Mimi dah lama berazam untuk belajar memandu tapi selalu tak tertunaikan.Setiap kali nak niat tu ada,adaje halangan.Duit tak cukup la,tak ada masa la dan malas la dan macam-macam lagi.Sampailah hari 7/1/2016 Mimi cuba-cuba pergi tanya kat agen ambil lesen Memandu tu.Mimi ambil di berjaya dan kebetulan berjaya ni dekat je dengan rumah dan tempat belajar pun tak sampai 5 minit naik kereta.Harga yang Mimi dapat rm1100 untuk Manual dan boleh bayar 3 kali.Masa pendaftaran tu kena bayar rm295 tapi boleh bayar deposit rm150.Mimi bayar habis je semua rm295 senang sikit.Dan,duit tu sudah tidak boleh di kembalikan.Hehehe

Pertama sekali kena dengar ceramah dulu dan Mimi bagitau kat orang tu nak datang pada hari khamis 14/01/2016.Masa dengar ceramah tu arghhhh aku rasa cikgu tu seorang je bercakap.Semua pelajar tidoq.mengantok oikkk.Bayangkan dari jam 9 pagi sampai 4 petang.Pengsan tau.Masa belajar tak ada la sampai lama macm tu.Mimi ingat sekejap je mana tau sampai ke petang.Hahahaha.Dah habis dengar ceramah tu Mr H ajak Mimi pergi ke Stadium Batu Kawan untuk belajar bawa kereta.bayangkan Mimi tak pernah-pernah bawak kereta tiba-tiba kena belajar aku rasa macam nak kencing je dalam seluar.Takut !Mula-mula tu enjin selalu la juga mati dan jalan pun macam gelong-gelong.Entah la kenapa.Hahahaha..Dan dah cuba beberapa kali so far Mimi dan pandai sikit cuma Mimi masih tak boleh nak bezakan gear 1,2,3,4,5,6.Hahaha.Gear 1 pandai la tapi bila nak masuk gear 2 atau 3 enjin mati terus.Kah !Tak pun jalan jadi senget.Hahaha

Yang bestnya hari sabtu nanti Mimi akan taste komputer dan harap-harap lulus.tapi macam mana nak lulus buku pun tak sentuh apa lagi nak baca.Mimi ada cuba taste komputer secara online dan syukur lulus tu pun kurang 1 nyawa je gagal terus.Mimi dapat 43/50.Boleh la kan..Kiki..Okey la tu je nak bagitau dan doakan Mimi biaq Mimi lulus ye.Hehehe

TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13

1/21/2016 07:31:00 PM
TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | Hai dreamers..sedar tak sedar dah masuk episod 14 kan.Hehehehe.Fariz dan Zara dah nak kwin pulak tu..hehehe
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 9
CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 10
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 11
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 12
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 13

TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8

1/21/2016 07:16:00 PM
TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | Hai deramers.Kerana terlalu sibuk sampai lupa nak update drama cinta si wedding palnner tapi walaupun tak upadte Mimi layan juga tau.Hehehehe
TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8

CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 4
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 5
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 6
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 7
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 8

HOUSEMATE YANG PELIK !

1/20/2016 03:54:00 AM
HOUSEMATE YANG PELIK ! | Sejak beberapa hari lepas Mimi tak pernah lagi bercakap dengan housemate Mimi yang seorang.Mimi pun tak tau apa penyebabnya.Sejak Mimi balik dari langkawi dengan kakak dan kawan hari tu dia tu suka sangat buat muka dengan aku.Kadang-kadang Mimi pun pelik.Sakit hati pun ada.Dari dulu Mimi tak berapa suka sangat dengan perangai dia ni,dia ni kuat cemburu bagi Mimi dan berlagak orang kaya dan sombong.Selama ni dia mengata pasal Mimi,Mimi diam je.Mimi bukannya seorang yang suka ambil peduli apa orang cakap.Kau burukkan aku sejuta kali sekalipun Mimi diam saja.Tapi kali ini kesabaran Mimi betul-betul berada di tahap yang terakhir.

Minggu lepas kawan Mimi yang seorang tu balik penang sebab kakak dia dari sabah datang ke penang jalan-jalan dan di kesempatan tu Mimi ajak la kawan Mimi yang seorag tu datang rumah lepak ehh mana tau  housemate Mimi tu tiba-tiba muka masam dan buat status yang bukan-bukan kat facebook.Warghhh..Lagi la bertambah panas.tapi Mimi masih boleh control perasaan marah Mimi.Lagipun bagi Mimi kau nak marah pun tak guna,Baik diam je kan.Tu lebih baik..

Tengah syok-syok sembang dengan kawan Mimi secara tak tersengajah kawan Mimi tu bagitau kat Mimi yang housemate Mimi tu bagitau kat dia "Kakak dah banyak tolong dia tapi kakak mintak tolong sikit je pun dia tak nak tolong".Whattt !!Mimi macam nak pergi je serang housemate Mimi  tu tapi terpakasa sabarkan hati.Hakikatnya Mimi dah bagitau kat housemate Mimi tu yang esok pagi sampai tempat kerja Mimi baru akan call teksi sebab Mimi tak simpan no teksi tapi housemate bagitau kat kawan cerita lain pulak.Bukan sekali housemate Mimi tu putar belitkan cerita tapi selalu sangat dah.Cerita sebenar lain tapi dia bagitau kat orang lain cerita lain pulak.Kenapa la perangai dia macam tu.Umur dah 30 sepatutnya lebih matang ni tak,umur semakin meningkat perangai bertambah macam budak-budak.Langsung tak matang.

Sekarang ni Mimi dengan adik dan kakak sedang cari rumah sewa baru.Harap-haraplah dapat rumah sewa secepat mungkin.Dah tak tahan tinggal serumah dengan perempuan yang tak matang.

P/s Harap-harap abang sepupu tinggalkan dia.Kah !Aku lah yang paling bahagia bila abang sepupu tinggalkan perempuan tu.Biar dia tau langit tu tinggi ke rendah.

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

1/20/2016 01:00:00 AM
Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

KAEDAH KETAHUI JENTINA BAYI

1/16/2016 12:19:00 PM
KAEDAH KETAHUI JENTINA BAYI |Setiap pasangan yang bakal menjadi ibu dan bapa sudah tentu bersemangat dan tidak sabar lagi untuk mengetahui jantina anak mereka kelak. Percayalah memasuki bulan ketiga dan seterusnya bakal ibu atau bapa akan sentiasa tertanya-tanya apakah jantina anak mereka. Tahukah anda selain daripada mendapat tahu secara tradisional mahupun terkini ada cara baru yang boleh difikirkan namun sejauh mana kebenaran perkara ini tidak dapat dikenal pasti.
Tips mengatahui jantina bayi
“Petua ni saya dapat masa kursus kerja, ada seorang pensyarah yang bagi. Masa tu umur baru 21 tahun tapi saya ingat sampai saya hamil anak sendiri masa umur 24 tahun sebab selalu tolong kirakan untuk kawan-kawan dan semua kiraan betul.

“CARANYA: Bulan last period dicampurkan (+) umur kita masa last period tu (ikut bulan). Jika hasil genap anak perempuan dan jika hasil ganjil anak lelaki.

“Contoh saya last period Disember 2014 masa tu umur dah cukup 24 tahun (birthday Ogos). Jadi 12+24=36 (genap). Masa detail scan saya tak terkejut pun doktor bagitahu yang saya hamil baby girl,” tulisnya.
Jadi anda sudah dapat kiraan anda? Tidak kira jantina bayi perempuan ataupun lelaki, perkara paling penting ialah bayi yang bakal dilahirkan berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna. Selamat berjaya!

Sumber Mynewshub 

TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 3

1/05/2016 01:46:00 AM
TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PALNNER EPISOD 3 | Selamat malam dreamers.Mimi baru je habis layan drama cinta si wedding palnner.Oleh kerana petang tadi tak sempat tengok terpaksa tengok secara online je.So far,drama ni best dan kadang-kadang mencuit hati.Sweet sangat wehh sampai Mimi ketawa sendiri dalam bilik macam orang gila.Housemate pun pelik.Krikkrik.Mira Filzah sesuai sangat bawa watak Zara tu.Tapi bagi Mimi kan Mira Filzah ni ada iras blogger kecik molek Yuyu Zulaika.Hehehe
cinta si wedding planner

Selepas tengok episod 3 rasa tak sabar pula menanti episod 4.Nahhh..ada yang ketinggalan menonton episod 3 ?Sila tengok sekarang soalnya korang takkan menyesal.

CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 3


Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

1/04/2016 02:15:00 AM
(Klik Banner Untuk Join)
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist
Irrayan

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

TONTON ONLINE DRAMA CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 2

1/03/2016 07:05:00 PM
TONTON ONLINE DRAMA  CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 2 | Hai Dreamers.Siapa yang tak tengok lagi drama cinta si wedding planner episode 2 jangan risau kerana u ols masih boleh tonton secara online.

http://myflm4u.pw/2015/12/cinta-si-wedding-planner-episod-2/
Agak-agak apa la berita yang cuba di sampaikan oleh Mak Lang dan Pak Lang Zara tu ?Nak tau kena la tengok.Jom layan.
CINTA SI WEDDING PLANNER EPISOD 2

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com

1/03/2016 06:39:00 PM

Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB





1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/


**Boleh tambah ayat korang sendiri mengikut kreativiti masing-masing**

TERIMA KASIH | 1000 FOLLOWERS

1/03/2016 02:53:00 AM

TERIMA KASIH | 1000 FOLLOWERS | Hai dreamers.Target Mimi sebenarnya sebelum habis tahun 2015 nak naikkan followers sampai 1000 tapi tak menjadi sebab beberapa hari lepas Mimi kehilangan beberapa followers dan bukan Mimi seorang je yang menghadapi hal yang sama tapi ramai ok.Agak-agak kenapa ye ?Hurmmm..


Tapi kan hari ini dalam sejarah setelah 4 tahun setengah dalam dunia blogging followers Mimi dah cecah 1000.Yeahhh *sambil tepuk tangan*.Bukan senang nak dapat follower banyak tu tau.Banyak rintangan dan dugaan yang terpaksa aku lalui *cehh..ayat skema sangat*.Hahahaha..Banyak la kau punya rintangan dan dugaan.Orang lain senang je pun dapat sebab rajin yang aku ni macam chipsmore dah,sat ada sat tak dak.Sebeb tu la blog Mimi dah macam rumah yang tak berpenghuni.Ishhh,selepas ini blog ini akan sentiasa berpenghuni.Yaa..Mimi akan usahakn biaq dapat publish sekurang-kurangya 1 hari 1 entry.Boleh dak macam tu ?
Di kesempatan ini Mimi nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi follow blog Mimi yang tak seberapa ni.Kalau ada ayat yang tak elok ke,menyakitkan hati keorang ke apa ke Mimi minta maaf nah *ehh..apesal pulak tiba-tiba ayat sedih ni.Adoii*.U ols jangan la teqasa hati kang aku tak sayang padan muka keorang.hahaha.Jangan qisau Mimi seorang yang penyayang,biaq pun keorang teqsa hati dengan Mimi,Mimi tetap sayang. *krikkrik* Sekali lagi terima kasih followers !

Yang Benar,
Mimi Kyumi

Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016

1/01/2016 08:10:00 PM
Hai dreamers..Kali ini Mimi join segmen yang di anjurakn oleh sifu bagi kebanyakkan blogger di Malaysia.Siapa lagi kalau bukan Hasrul Hassan.Nak dapat ilmu yang banyak menganai SEO boleh lah terjah blog beliau.Banyak info yang menarik beliau kongsikan bersama pembaca.Mimi biasanya akan jadi silent reader bagi blog beliau.Ahahahaha
 Hasrul Hassan
Segmen ini syaratnya mudah saja.Hanya buat satu entry yang ringkas,follow blog peserta dan tunggu je la pemenang akan di umumkan.Yang bestnya ada saguhati berbentuk wang tunai dan juga blog bertuah juga akan berada di dalam blogslist 2016 beliau.Phew !!Best tu..Boleh tinggkatkan trafic blog.Krikkrik..

Masa mula-mula blogging dulu blog Mimi berkisar tentang kecantikan  dan fashion je tapi sekarang dah bertukar more kepada lifestyle.Biasanya Mimi lebih suka kongsi kepada pembaca menganai pengalamana jalan-jalan,review produk dan banyak lagi.Tapi,bila Mimi tengok blog archive Mimi lebih banyak join giveaway atau segmen.Parah ni !

Siapa Mimi ?Mimi orang Sabah tapi sekarang Mimi tinggal kat penang.Kenapa tinggal kat penang ?Dengan siapa ?Mimi tinggal kat penang masa Mimi umur 14 tahun lagi.Mula-mula datang sini Mimi ikut dengan kakak sepupu.Sekarang ni Mimi tinggal dengan kakak kandung Mimi sendiri.Boleh baca 5 FACT ABOUT ME kalau nak tau lebih banyak tentang Mimi.

Apa yang ingin dicapai menerusi blog pada tahun 2016 ?Semestinya Mimi ingin jadi lebih berjaya dalam dunia bloga.Yaaa..Mungkin ianya mustahil tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Ada usaha adalah hasilnya.

Yang Benar,
Mimi Kyumi

TAHUN BARU TEMPLATE BERWAJAH BARU

1/01/2016 05:18:00 AM
TAHUN BARU TEMPLATE BERWAJAH BARU | Hari dreamers.Hari ini first day of 2016 !Omg.Macam tak percaya je.Ahahaha.Cepat betul masa berlalu.Mimi pun dah 23 tahun.Krikkrik..
Oleh kerana tahun baru Mimi ambil keputusan untuk tukar template blog Mimi ni walaupun hakikatnya blog lama tu dah cukup comel di mata aku,tapi tak tau la di mata u ols.Opss,cakap je la comel walaupun bagi keorang tak comel.Senang sikit hati aku ni.Prettt !
Seperti yang keorang tau Mimi biasanya kalau nak tukar tamplate blog Mimi akan suruh orang buat tapi bukan percuma tau,Mimi bayar.Yela,Mimi ni apa pun tak reti lebih-lebih lagi pasal coding-coding.Erhhh..Angkat tangan dulu.Mimi sama sekali tak reti wehhh.Beruntung la bagi keorang yang bijak pasal edit-edit ni.Keorang patut bangga dengan diri sendiri.Hahahaha..

Kali ini Mimi suruh Aisyhah Nyais yang tolong buatkan.Masa bincang dengan dia tu aku pulak yang blur sebab aku pun tak tau nak design macam mana.Akhirnya,Mimi suruh dia buat macam mana pun yang penting warna pink dan biru tu kena ada.Ahahaha..Mimi trust kat dia thats why Mimi bagitau kat dia "buat la macam mana pun coz i know ecah buat perfect".Then tak lama dari tu dia cakap dah siap.Phewww !!Cepatnya..Kalau Mimi kan sampai tahun depan pun belum tentu siap..ahahaha.Sebelum Ecah buat tu Mimi dah bagitau sidebar tu letak kat kiri sebab dah selalu buat sebalah kanan then bila dah buat ayoyo pelik pulak.Jadi Mimi ambil keputusan untuk letak sidebar kat kanan.Hehehe..

Nahhhh..Bagi siapa-siapa yang tukar template ke apa ke just pergi je terjah blog dia.Dia buat pantas tau,cantik dan yang paling penting murah.Before ni Mimi selalu kalau suruh orang buat mesti Rm50 up..Sobssss.Cakap banyak pulak aku ni.Mimi hanya nak cakap Terima kasih ecah..Awak buat kerja dengan bagus..Ahahaha..Bye..Jumpa lagi..

Advertise

Mimi Story